25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Tingkatkan Simpanan Anda Dengan Caruman Sukarela KWSP!Tambah Sedikit demi Sedikit untuk Meningkatkan Tabungan Anda!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Rancang kewangan ataupun simpanan itu amat penting bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sejahtera. Selain itu, ia juga merupakan simpanan yang membolehkan korang gunakan sebagai persediaan untuk menghadapi masa perasaraan dengan tenang. 

    Contohnya, dengan pengeluaran membeli rumah untuk korang ada sekurang-kurangnya sebuah rumah ketika bersara, pengeluaran pendidikan untuk mendapat pendidikan yang baik bagi memperoleh pekerjaan yang bagus dan macam-macam lagi. 

    Oleh itu, amalan menyimpan atau menabung demi kesejahteraan diri ni perlu ada dalam setiap diri masing-masing. Lagi-lagi dengan ekonomi yang tak menentu sekarang ni kan?

    Min pasti korang pun mesti dah ada simpanan atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ha ngam lah tu! Jom lah tambah dan buat caruman sukarela pulak. Jom, min kongsi apa manfaatnya!

    1. Dapat dividen tahunan

    Macam yang korang tahu, setiap caruman wajib KWSP mahupun sukarela, korang akan berpeluang untuk nikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan korang.

    Dari situ, ia membuatkan simpanan korang akan bertambah dari semasa ke semasa. Jadi, kalau ada duit lebih nanti, boleh lah tambah caruman sukarela tu. Nanti tahu-tahu dividen korang akan bertambah. Simpanan pun makin banyak. Seronok kan!

    Kredit: Facebook KWSP Malaysia

    2. Meringankan perbelanjaan hidup

    Selain daripada dividen, dengan simpanan sukarela ini juga akan meringankan lagi perbelanjaan hidup korang pada masa akan datang.

    Kredit: Facebook KWSP Malaysia

    Nak tahu kenapa? Ini kerana korang akan mempunyai fleksibiliti untuk membuat pengeluaran akaun 2 daripada simpanan KWSP  untuk pelbagai tujuan seperti Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan, dan banyak lagi.

    MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Menangis Keguguran Kerana Mahu Anak Lelaki

    *Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP

    3. Pelepasan cukai

    Kredit: Facebook KWSP Malaysia

    Bukan itu saja, korang juga akan berpeluang nikmati pelepasan cukai ke atas simpanan ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Wahhh, menarik betul manfaat yang ditawarkan oleh KWSP ni kan? Paling penting, korang buat je simpanan banyak-banyak. Barulah boleh merasa semua ni.

    Macam mana nak tambah? Senang je!

    Kredit: Facebook KWSP Malaysia

    Ha…mana-mana ahli KWSP yang bekerja, bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap tu, kalau korang nak buat caruman sukarela atau tambah simpanan korang untuk tujuan persaraan nanti, korang boleh memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun.

    Jom mula tambah sekarang. Alaaa, sikit-sikit pun OK!

    Kredit: Facebook KWSP Malaysia

    Nak masa depan yang lebih cerah dengan simpanan yang bertambah, korang boleh mula menyimpan melalui caruman sukarela sekarang.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.