30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Tanpa Hillary, Aku Tak Sampai Ke Sini’ – Amy Imbau Detik Awal Penubuhan Kumpulan Search

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi rock legenda, Amy Search mengimbas kembali perjalanan awal kerjayanya dalam dunia seni ketika menjayakan Amy Search Magic First Solo Concert, baru-baru ini.

    Throwback penubuhan Search

    Dalam satu klip video khas yang ditayangkan semasa konsert tersebut, Amy atau nama lengkapnya Suhaimi Abdul Rahman, 67, berkongsi momen penting dalam hidupnya yang menjadi titik permulaan kepada kerjaya muziknya.

    Pelantun lagu Isabella ini juga menyatakan bahawa kehadiran Hillary Ang dalam hidupnya telah mengubah segalanya.

    Hillary cakap dia akan datang balik untuk bawa aku pergi Kuala Lumpur. Dia memang tunaikan janji dia.

    Satu malam tu, kami terfikir nak jadi ‘star’. Aku tahu nak jadi star bukan benda yang senang.

    Bercerita mengenai keperibadian sahabatnya itu, Amy mengakui Hillary adalah individu yang sangat berbakat dan memiliki cita rasa muzik yang luas.

    Rujukan muzik dia (Hillary) sangat besar, bagi aku dia memang genius.

    Kalau nak ikutkan Hillary adalah ‘kepala’ dalam muzik dan dia pengasas kumpulan Search.

    Penyanyi yang terkenal dengan vokal uniknya itu turut mengakui bahawa impiannya untuk menjadi penyanyi lahir daripada pengaruh rakan baiknya itu.

    Aku punya impian untuk jadi penyanyi itu adalah daripada dia. Dari percakapan dia aku mula pasang impian. Tanpa dia aku tak sampai ke sini.

    Walaupun konsert solo ini berbeza dengan persembahan bersama Search, Amy menyatakan bahawa ia adalah hadiah khas buat peminat yang sentiasa menyokongnya sepanjang perjalanan seni.

    MENARIK:  Beg Plastik Muntah Pun Kena Caj, Kos Bersalin Dahlia Rizal Cecah RM35,000 – ‘Dari Tahun Lepas Saya & Imran Dah Kumpul Duit’

    Konsert yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan seramai kira-kira 4,000 orang peminat hadir untuk melihat persembahan daripada vokalis kumpulan Search itu yang pertama kali mengadakan konsert solo. Amy telah menyampaikan 21 buah lagu dengan penuh energi sepanjang tiga jam persembahan.

    Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga turut hadir memberikan sokongan penuh antaranya, Che Puan Sarimah Ibrahim, Azharina, Man Kidal, Akim Ahmad, Ella, Aweera, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli.


    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.