27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 2, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Tanggungjawab Semakin Bertambah — Macam Mana Lelaki Nak Terus Kuat Tanpa Henti?

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Zaman sekarang, jadi lelaki bukan semata-mata tentang kerja dan tanggungjawab kewangan. Tekanan datang dari pelbagai arah seperti tuntutan kerjaya, peranan dalam keluarga dan harapan masyarakat yang sering menjangka lelaki harus ‘kuat’ setiap masa.

    Ramai yang perlu kejar deadline, hadiri mesyuarat, hadap jam pagi petang. Tapi bila balik rumah, tugas belum selesai. Harus bantu isteri, main dengan anak, kemas rumah dan kadang-kadang masih sempat jenguk ibu bapa. Walaupun penat, mereka tetap teruskan.

    Kredit foto: Istock

    Yang luar biasanya, kebanyakan lelaki tak suka mengadu. Mereka jarang bercakap tentang kepenatan, jauh sekali meminta bantuan. Bagi mereka, diam itu tandanya tanggungjawab sedang dijalankan.

    Lelaki hari ini bukan tak perlukan rehat. Mereka cuma terlalu biasa dengan rutin memberi, sampai terlupa diri sendiri pun perlukan ruang untuk ‘recharge’.

    Remy Ishak Contoh Lelaki Masa Kini Yang Utamakan Keluarga Di Sebalik Kesibukan Harian

    Ramai mengenali Remy Ishak sebagai pelakon yang berdisiplin dan komited. Namun di sebalik layar, peranannya sebagai suami dan bapa tetap menjadi keutamaan.

    “Saya memang tak reti duduk diam. Kalau tak ada shooting, saya lebih senang tolong isteri buat kerja rumah. Bukan sebab dia suruh, tapi saya rasa itu tanggungjawab saya.”

    Tapi nak buat semua ni, kena ada tenaga yang berpanjangan, bukan tenaga ‘sementara’. Sebab tu Remy pilih kopi yang bukan sekadar sedap tetapi yang boleh membantu beliau untuk kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.

    Rahsia Remy Pilh Tongkat Ali & Ginseng

    Remy tak minum sembarangan kopi, beliau pilih Alicafe Tongkat Ali & Ginseng (TAG) — kopi yang bukan sahaja enak, tetapi membantu untuk kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.

    Gabungan Tongkat Ali dan Ginseng dikenali turun-temurun untuk bantu tingkatkan:

    MENARIK:  Peminat dari Malaysia, Brunei & Singapura Bersedia untuk Menyertai Konsert Zepp Ahad Ini untuk Mengagungkan Liza Hanim!
    • Stamina fizikal — untuk urus anak tanpa rasa lesu
    • Tenaga mental — bila badan penat tapi otak masih kena fokus
    • Ketahanan badan — bantu kekal cergas walau hari penuh tekanan

    Untuk Lelaki Macam Remy – Yang Tak Pernah Berhenti

    Alicafe TAG Original diformulasi khas untuk bantu lelaki kekal bertenaga tanpa rasa berdebar atau ‘crash’. Dengan resipi yang dah kekal lebih 20 tahun. Haa.. Ni bukan sekadar kopi yang ikut trend tapi kopi yang konsisten dari segi rasa dan manfaat.

    Sama ada korang sibuk dengan kerja, anak atau kedua-duanya sekali, satu cawan Alicafe dah cukup untuk bagi korang ‘kuasa’ buat menghadapi hari yang panjang.

    Paling menarik, Alicafe kini tampil dengan pelbagai pilihan rasa untuk memenuhi citarasa berbeza dengan pilihan seperti Salted Karamel, Lebih Pekat (KAW) serta Hazelnut dalam bentuk sachet 3 in 1 yang mudah disediakan menjadikannya pilihan yang mudah untuk dinikmati sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika dalam perjalanan.

    Bagi yang gemarkan rasa tradisional, korang boleh cuba perisa Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Kurma Madu dalam tin minuman 250ml. Rasa dia unik dari yang lain. Pilihan praktikal untuk lelaki yang sentiasa sibuk dan aktif.

    Minuman Alicafe  ni boleh didapati di pasar raya dan kedai berhampiran anda atau di mana-mana kedai petrol kiosk di seluruh negara. Kalau belum dicuba, semestinya masa untuk rasa tenaga legenda (™) Alicafe!

    Untuk maklumat lanjut, layari laman web Alicafe di SINI! Dan jangan lupa ikuti mereka di Facebook,
    Instagram serta TikTok.

    The post Tanggungjawab Semakin Bertambah — Macam Mana Lelaki Nak Terus Kuat Tanpa Henti? first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.