26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    SZBLOOMS Menganjur Pesta Portmeirion: Merdeka Jiwa, Hias Meja Gaya Eksklusif Ala Che Ta!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pengedar rasmi set pinggan mangkuk mewah Portmeirion UK di Malaysia iaitu SZBLOOMS dengan bangganya mengumumkan acara Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka yang berlangsung dari 23 Ogos hingga 1 September 2024 di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi.

    Artikel berkaitan: ‘Baru 21 Hari Kerja’ – Che Ta Bengang Pembantu Rumah Ayu Raudhah Lari Rumah, ‘Kantoi’ Tidur Tengah Hari Buta!

    Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka

    Pada Sabtu, penganjuran aktiviti Deko Tablescapes telah diadakan bersama pasukan SZBLOOMS dan Home-Influencers turut disertai oleh selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta untuk memberi inspirasi cara menghias meja gaya eksklusif dan kreatif.

    Menurut Pengasas SZBLOOMS, pesta bersempena bulan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda usaha untuk mengeratkan hubungan SZBLOOMS dengan masyarakat.

    Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia.

    Pesta ini bukan sahaja untuk menonjolkan produk kami, tetapi juga mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dan komuniti.

    Manakala Muhammad Mujaheed Mahfuz selaku Ketua Eksekutif SZBLOOMS pula berkata, set pinggan mangkuk bukan sahaja menambah seri meja makan malah mencipta memori tidak ternilai bersama keluarga.

    Di SZBLOOMS, anda bukan hanya memilih pinggan mangkuk, tetapi juga simbol kasih yang akan menghiasi meja makan anda. Bayangkan anak-anak anda mendengar kisah-kisah indah dan merasai kehangatan keluarga di ruang yang sama.

    Pengguna setia Portmeirion

    Dalam pada itu, Che Ta meluahkan rasa teruja dapat terlibat dalam acara pesta tersebut memandangkan dia juga pengguna setia produk pinggan mangkuk Portmeirion selama hampir 15 tahun.

    Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna. Saya sedia untuk berkongsi idea-idea kreatif kepada semua yang hadir.

    Mari kita meraikan keindahan dan keunikan produk Portmeirion dari SZBLOOMS sambil menghayati semangat kemerdekaan kita.

    Pesta ini akan menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pencinta pinggan mangkuk eksklusif dan penggemar hiasan meja.

    MENARIK:  Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita, Polis Gagal Hubungi

    Setiap pembelian juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, South Korea, atau Australia.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.