Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Basstamam’ iaitu Syed Iqbal mengakui dirinya pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2022.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Tegur Majlis Perkahwinan Orang Islam Ikut Budaya Barat – ‘Kenapa Tiada Yang Tegur?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Berangan Tengok Suntingan Majlis ‘Nikah’ Bella & Syed Saddiq, Doa Jadi Kenyataan – ‘Seram Kalau Tak Jadi, Aku Nangis Bucu Katil’
Aturan keluarga

Walau bagaimanapun, pemilik nama Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil ini berkata, perkahwinan yang merupakan aturan keluarga itu tidak kekal lama dan hanya bertahan selama setahun.
Itu adalah kehidupan yang saya pernah jalani dan ya saya pernah berkahwin cuma ianya tidak kekal lama.
Perkahwinan tersebut adalah aturan keluarga.
Ketika itu pada tahun 2022 sewaktu saya berusia 21 tahun dan kami berpisah pada tahun 2023.
Syed berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu sesi sidang media lagu tersebut yang diadakan di Al-Sultan, Glenmarie, Shah Alam pada Selasa.
Dalam pada itu, Syed yang juga adik kepada pendakwah bebas Da’i Syed memaklumkan dia tidak serik dengan perceraian yang berlaku.
Saya lebih selesa menjaga privasi sebab bagi saya setiap orang ada kehidupan yang mereka perlu jalani.
Saya juga tidak serik dan menyesal (dengan perceraian) sebab itu adalah takdir dan salah satu daripada rukun iman kita.
Malah, dia yang kini dikaitkan sedang mengenal hati budi seorang pempengaruh terkenal terbuka untuk mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.
Insya-Allah kalau sampai waktunya untuk saya berkahwin, saya akan berkahwin.
Namun, buat masa ini apa yang saya boleh katakan adalah saya masih ‘single but not available’.
Sekadar info, video muzik lagu ‘Basstamam’ nyanyian Syed Iqbal kini mencecah lebih 230,000 tontonan selepas 10 hari dimuat naik di platform YouTube.
The post Syed Iqbal Mengaku Pernah Berkahwin, Kini Berstatus Duda first appeared on OHBULAN!.