33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis, Alami Tekanan Emosi Serius – ‘Dia Terima Komen Berunsur Lucah & Menjijikkan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Sophia Albarakbah tampil membuat laporan polis atas kes buli siber dan gangguan seksual terhadap dirinya di Balai Polis Travers, pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Kesal Kisah ‘Penyondol’ Diungkit – ‘Allah Pun Boleh Ampunkan Hambanya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Rasa Kena Sindir, Mungkin Itu Cara Bella Sampaikan Anugerah’ – Sophia Albarakbah

    Sebak dengan buli siber

    Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, tidak dapat menahan sebak apabila diajukan soalan mengenai isu buli siber yang menimpanya.

    Bagaimanapun, Sophia menyerahkan segala kenyataan dijawab oleh peguamnya.

    Saya mintak maaf, saya serahkan semua kepada peguam saya untuk jawab.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur hari ini.

    Tekanan Emosi

    Mengulas lanjut, peguamcara iaitu Tuan Aizat Azam, memaklumkan laporan terpaksa dilakukan atas serangan digital yang melampau.

    Tambahnya, lebih 10 hantaran yang dimuat naik di media sosial merangkumi penghinaan, ugutan, gangguan seksual sehingga mencalarkan maruah anak guamnya, Sophia.

    Anak guam kami menjadi mangsa kepada tuduhan liar dan fitnah terbuka, kononnya Sophia ‘berdrama’ demi publisiti murahan, komen lucah dan menjijikkan yang bukan sahaja merendahkan martabat Sophia sebagai wanita tetapi juga menormalisasikan budaya gangguan seksual dalam talian.

    Selain itu, penyebaran video parodi dan gambar dimanipulasikan dengan niat untuk memperlekehkan dan menjatuhkan maruah sophia secara awam.

    Susulan itu, peguamcara memaklumkan bahawa Sophia mengalami tekanan emosi yang serius sehingga memberi gangguan terhadap fokus kerjayanya.

    Tambahnya lagi, dia memohon agar isu ini diambil tindakan segera agar tidak terjadi pada mana-mana individu walaupun tidak bergelar seorang selebriti.

    Akibat daripada isu ini, anak guam kami mengalami tekanan emosi yang serius, keresahan berpanjangan serta gangguan terhadap kesihatan mental dan fokus dalam kerjaya lakonan.

    Kami menyeru agar pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk ambil tindakan terhadap isu ini.

    Ini bukan sekadar hiburan, ini soalan maruah. Kami tidak akan berdiam diri, Sophia berhak dapat perlindungan di bawah undang-undang sama seperti orang lain.

    Terdahulu, nama Sophia menjadi perhatian dan dikecam hebat pengguna media sosial selepas merangkul anugerah dalam salah satu kategori di acara anugerah itu, yang mana, disampaikan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

    MENARIK:  Alhamdulillah, Penuh Kepuasan dengan Keputusan Hak Jagaan Anak yang Diberikan kepada Saya - Puteri Zarith

    The post Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis, Alami Tekanan Emosi Serius – ‘Dia Terima Komen Berunsur Lucah & Menjijikkan’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.