34.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 14, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Sofyank Sifatkan Pengalaman Berlakon Dengan Louis Koo Sangat Mahal

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Gabungan gempak antara pelakon legendari Hong Kong, Louis Koo, dan pempengaruh terkenal Malaysia, Sofyank, mencuri tumpuan ramai apabila mereka tampil bersama dalam sebuah video pendek kreatif sempena promosi filem terbaharu, Behind The Shadow.

    Lebih mengagumkan, video tersebut meraih lebih daripada 1 juta tontonan hanya dalam masa 12 jam, sekali gus mencetuskan fenomena viral di media sosial tempatan.

    Artikel Berkaitan: Sofyank Rancang Buka Syarikat Produksi – ‘Saya Sudah Menghubungi Beberapa Orang Dalam Bidang VFX’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sofyank Antara Bakat Anak Malaysia Yang Mampu Pergi Lebih Jauh’ – Zul Ariffin

    Selalu tengok lakonan masa kecil

    Menurut Sofyank, peluang bekerjasama dengan pelakon tersohor Asia itu merupakan antara pengalaman paling bermakna sepanjang kerjayanya.

    Kata Sofyank, kolaborasi kali ini memang cukup mengujakan sebab Louis merupakan antara pelakon Hong Kong dan China pertama yang pernah bekerjasama.

    Saya masih ingat masa kecil dulu, selalu tengok beliau berlakon watak hero di kaca TV. Jadi bila sekarang dapat peluang untuk muncul satu skrin dengan beliau, memang rasa macam mimpi jadi nyata!

    Walaupun hanya diberikan sekitar 20 minit untuk menyelesaikan penggambaran disebabkan jadual ketat Louis Koo, semuanya berjalan lancar dan penuh profesionalisme.

    Louis memang nampak serius dan ‘cool’ pada awalnya, tapi Alhamdulillah, sangat profesional dan sporting.

    Malah, Louis sendiri cadangkan beberapa aksi spontan yang kelakar termasuk babak bertih jagung dan kami berjaya siapkan penggambaran dalam masa kurang 20 minit!

    Boleh cakap melayu

    Dalam video tersebut, Sofyank dilihat berjalan di koridor pawagam sambil memegang bertih jagung sebelum terjatuh akibat ditolak peminat lain. Dalam kekecohan tersebut, secara mengejut Louis “keluar” dari poster filem yang tertampal di atas dinding sambil menawarkan bertih jagung yang baharu.

    Lebih mencuit hati, Louis turut menuturkan beberapa ayat dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kantonis yang mencuit hati antaranya, “Jom sapot!”

    Aksi spontan ini mendapat reaksi positif netizen yang rata-ratanya terhibur dan tidak menyangka pelakon legenda itu mampu menyebut Bahasa Melayu dengan begitu comel. Ramai menyifatkan gabungan dua budaya ini sebagai sesuatu yang segar dan menghiburkan.

    Kami memang cuba pujuk Louis untuk cakap dalam Bahasa Melayu walaupun itu bukan bahasa yang biasa dengannya.

    Tapi Louis sangat terbuka dan semangat untuk mencuba, itu yang paling menggembirakan kami semua!

    Filem Behind The Shadow menjalani penggambaran sepenuhnya di sekitar Malaysia, melibatkan hampir 100 kru dan pelakon tempatan.

    Dalam satu temu bual terdahulu, Louis Koo pernah memuji produksi Malaysia sebagai sangat komited dan pantas memberikan reaksi dalam lakonan secara spontan.

    MENARIK:  [VIDEO] 'PA Ruhainies Pulang ke Rumah untuk Mengambil Baju'

    Louis turut menyatakan rasa kagum terhadap potensi dan bakat seni produksi tempatan, terutama selepas menyaksikan sendiri kreativiti dan kemahiran Sofyank dalam penghasilan video promosi ini.

    Di samping itu, Sofyank turut berkongsi rasa bangga apabila Behind The Shadow menjadi antara filem Cina yang 100% menjalani penggambaran di Malaysia.

    Ini membuktikan bahawa bukan saja negara Barat, tapi juga negara Timur kini mula melihat potensi besar di pasaran Malaysia.

    Secara peribadi, saya juga memang ada impian untuk bawa nama Malaysia lebih jauh di peringkat antarabangsa.

    Tapi pada masa yang sama, saya juga bangga sebab semakin ramai pembikin filem luar mula mengiktiraf bakat tempatan. Saya harap industri kita akan terus berkembang dan diberi lebih banyak peluang.

    Filem Behind The Shadow yang bertemakan detektif ini menampilkan Louis Koo dalam sebuah kisah jenayah penuh misteri yang menggabungkan elemen psikologi, penyiasatan, kejutan serta plot twist yang mendebarkan.

    Lebih menarik, latar tempat filem ini membawakan suasana yang amat dekat dan relevan dengan rakyat Malaysia termasuk pasar malam, medan selera, sekolah, jejantas dan kawasan bandar yang diolah menjadi lokasi kejadian yang penuh misteri.

    Filem Behind The Shadow bakal ditayangkan secara rasmi pada Khamis, 12 Jun ini, di seluruh pawagam Malaysia.

    The post Sofyank Sifatkan Pengalaman Berlakon Dengan Louis Koo Sangat Mahal first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.