Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa simpati terhadap kemelut yang berlaku di Indonesia ketika ini.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Tegur Netizen Busuk Hati Tengok Ramai Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Indonesia – ‘Ini Perasaan Hasad Dengki’
Artikel Berkaitan: Catriona Ross Turut Serta Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Bagi Yang Tak Nak Bantu, Lebih Baik Diam’
Siti Nurhaliza bersimpati

Meskipun berlainan negara, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin mengakui dirinya turut terasa dengan situasi menimpa negara jiran yang selama ini menerima baik karya seninya.
Dengan apa yang berlaku (di Indonesia), saya sebagai anak seni yang diterima baik oleh masyarakat di sana turut terkesan.
Kita turut bersimpati, kan Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik.
Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga.
Tambah Siti, apa yang boleh dilakukan rakyat Malaysia ketika ini adalah memberi sokongan moral dan semangat kepada rakyat di Indonesia.
Jadi, apa yang boleh kita bantu, kita bantu dari segi sokongan moral, kata-kata semangat.
Macam, apa yang orang Malaysia buat kan, melalui pesanan makanan untuk ni pun, saya pun turut bersama buat.
Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang diadakan di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Harap keadaan kembali reda

Bercerita lanjut, pelantun lagu ‘Seribu Kemanisan’ memaklumkan dia bakal melakukan persembahan di hari terakhir konsert Pestapora yang bakal diadakan di Indonesia pada 7 September ini.
Justeru, ibu kepada dua orang anak ini berharap agar situasi tegang di Indonesia reda dan dapat diselesaikan dengan baik.
Sebenarnya saya ada persembahan untuk Pestapora tetapi saya masih melihat perkembangan dari semasa ke semasa.
Saya memang berdoa supaya keadaan kembali reda dalam waktu terdekat ni, supaya saya boleh kesana membuat persembahan, sebab memang waktunya memang sangat merindui peminat-peminat di Indonesia kan.
Apa yang saya harapkan, semoga keadaan akan reda dengan cepat supaya kita semua boleh menjalani kerja kita dengan baik.
Sekadar info, Indonesia ketika ini sedang dilanda gelombang protes besar-besaran dibuat rakyat Indonesia selepas Presiden mereka, Prabowo Subianto mengumumkan kenaikan elaun Ahli Parlimen sehingga mencecah sekitar Rp50 juta sebulan (RM12,869.35).
Keadaan di sana menjadi semakin tegang selepas seorang pemandu ojek, Affan Kurniawan maut akibat digilis trak ‘Barracuda’ sehinggakan mencetus kemarahan rakyat pada 28 Ogos lalu.
Keadaan yang tegang itu juga membuatkan ramai pihak menghulurkan bantuan dengan cara memesan makanan dengan menggunakan aplikasi e-hailing makanan sebagai tanda solidariti.
Antara selebriti Malaysia yang berbuat demikian termasuklah pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Catriona Ross.
The post Siti Nurhaliza Simpati Dengan Situasi Tegang Di Indonesia, Titip Doa Semoga Kemelut Cepat Reda first appeared on OHBULAN!.