30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Shukri Yahya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Lancar ‘Bru Coffee Shop’ Di APW Bangsar?

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Dunia seni tanah air bakal menyaksikan satu lagi fenomena apabila tiga nama besar industri hiburan iaitu Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi dikhabarkan bakal membuka sebuah kedai kopi?

    Bakal jadi fenomena

    Ketiga-tiga nama besar ini dikatakan sedang sibuk membuat persiapan bagi pembukaan Bru Coffee Shop di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025.

    Namun timbul persoalan, adakah ini sekadar eksperimen sambilan di luar dunia lakonan, atau benar-benar satu langkah serius ke dalam dunia perniagaan?

    Apa yang pasti, komitmen yang ditunjukkan ketiga-tiganya bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mereka melihat kedai kopi bukan hanya tempat menjual minuman, tetapi sebagai ruang komuniti iaitu tempat untuk berkongsi cerita, mencari ilham, atau sekadar melarikan diri sejenak dari hiruk-pikuk kota.

    Namun, bukan mudah untuk mengimbangi dunia seni dan perniagaan. Industri F&B (makanan dan minuman) terkenal dengan cabaran dan tuntutan komitmen tinggi. Mampukah mereka kekal konsisten?

    Apa pun jawapannya, peminat dan pencinta kopi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pembukaan rasmi Bru Coffee Shop pada 5 Mei 2025. Ketiga-tiga pelakon tersebut dijangka hadir memeriahkan suasana dan pastinya akan mencuri tumpuan ramai.

    Kepada peminat mereka ataupun penggemar kopi, dapatkan jawapan anda dengan hadir ke lokasi dan tarikh berkenaan! Mungkin anda boleh rebut peluang ini juga untuk melihat sisi lain tiga pelakon hebat ini
    dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

    MENARIK:  VIDEO: 'Kenapa Nak Buang Masa Polis & SKMM Untuk Siasat Isu Ini' - Peguam Menegur Tentang Masalah Peribadi Mereka

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.