26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Shuib Teruskan Saman Selepas John Dihani Padam Permohonan Maaf & Lantik Peguamcara

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Shuib saman

    Pelawak dan penyampai radio, Shuib meneruskan memfailkan saman terhadap John Dihani selepas individu tersebut menarik balik permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram (IG) serta melantik peguamcara untuk mewakili dirinya.

    Padam permohonan maaf

    Shuib Saman

    Ketika ditemui , Shuib berkata dia menghantar saman terhadap John atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi, 37, menerusi peguamnya, Syed Afiq Syed Albakri daripada Tetuan Zharif Nizamuddin, pada Selasa.

    Kata Shuib, saman terhadap John diteruskan selepas mendapati hantaran yang dibuat di media sosial pada 4 Julai lalu telah dipadam.

    Selain itu, John menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada Shuib pada 10 Julai melalui peguamcara.

    Jadi pada 4 Julai dia telah membuat permohonan maaf. Kemudian memadamkannya.

    Pada 10 Julai pula melalui peguamcara dia menafikan tindakannya (fitnah) kepada saya. Kerana itu saman ini diteruskan.

    Tambah Shuib, 38, dia bersedia untuk ‘turun naik’ mahkamah dan meluangkan masa demi mendapatkan keadilan terutama buat arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

    Jika ada yang kata leceh naik turun mahkamah tapi saya sudah bersedia untuk itu.

    Saya tahu tapi untuk dia (John) saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia.

    Shuib berkata demikian ketika di sidang media yang diadakan di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri, pada Rabu.

    Sementara itu, Syed Afiq berkata pihak mereka telah melakukan writ saman terhadap defendan iaitu John.

    Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkembangan kes ini.

    Terlajak kata buruk padahnya

    Shuib saman

    Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad berkata tindakan ini juga untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang suka menyebarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh.

    Saya mengambil tindakan ini sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap budaya rakyat Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain.

    Tindakan ini juga adalah satu panggilan kepada mereka yang suka menyebarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh untuk berhenti membuat perkara tersebut.

    Benarlah peribahasa yang menyatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Oleh itu, kita perlu menghormati nilai kebenaran dan kita juga perlu berfikir sebelum bertindak, terutamanya sebelum menyebarkan apa-apa berita yang tidak pasti akan kesahihannya.

    Melalui tindakan ini, saya ingin memberikan amaran yang jelas bahawa sebagai suatu masyarakat, kami tidak akan terima budaya fitnah yang merosakkan keharmonian masyarakat kita. Saya ingin menjemput semua pihak untuk bersama-sama menjadikan tindakan in sebagai titik permulaan perubahan positif untuk melawan budaya fitnah.

    Sebelum ini, Shuib memberitahu dia akan menyeret John Dihani ke mahkamah kerana telah menabur fitnah dengan mendakwa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ‘tak nak ditidurkan’ ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM.

    MENARIK:  [VIDEO] Menerima takdir Allah SWT, Ibu & Bapa Restui Jika Aliff Aziz & Ruhainies Berjodoh

    Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.

    Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.

    Video

    @official

    Penjelasan Shuib terhadap John Dihani ?#OhBulan #fyp #news #shuib

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.