Pelakon Shiqin Kamal mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, namun berharap dipertemukan dengan lelaki yang berkongsi minat sama, terutama dalam sukan berkuda.
Artikel Berkaitan: Selepas Pemergian Ibu, Dah 11 Tahun Shiqin Kamal Berjubah Hitam Di Pagi Syawal – ‘Sebab Untuk Saya Beraya Pun Tak Ada’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Kahwin Pun Sibuk Size Badan Orang’ – Shiqin Kamal Berang Kena Body Shaming
Nak suami minat berkuda

Ketika ditemui , pemilik nama sebenar Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 34, berkata dia terbuka untuk mengenali seseorang. Namun, buat masa ini, keutamaannya lebih terarah kepada aktiviti berkuda yang disifatkannya sebagai bentuk terapi dan ketenangan diri.
Saya masih single and available (solo). Saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.
Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’.
Hati saya kini dimiliki kuda. Saya tidak menjaga hati sesiapa, jaga hati sendiri sahaja.
Shiqin berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala filem Martabat: Misi Berdarah di MidValley pada Selasa.
Apabila ditanya mengenai ciri-ciri calon suami idaman, Shiqin menjelaskan bahawa dia menginginkan seorang lelaki yang stabil dari segi kewangan bagi menjamin kelangsungan hidup berumah tangga, sekali gus membolehkannya meneruskan hobi berkuda.
Kalau pada masa akan datang saya berjumpa dengan seseorang yang miliki minat sama (berkuda),
Tetapi, sekiranya tak jumpa tak apa. Saya tidak mencari.
Kalau tanya tentang ciri lelaki, saya inginkan seorang suami yang 100% ‘provider’ sebab saya mahu main kuda.
Tambah pelakon filem Ada Hantu ini lagi, salah satu sebab mengapa dia kini memberi tumpuan serius terhadap sukan berkuda kerana berhasrat untuk mewakili Malaysia di pentas Sukan SEA.
Sebenarnya, saya sudah memasang niat sebelum usia 40 tahun mahu mewakili negara dalam acara sukan berkuda pada Sukan Sea nanti.
Kalau ikutkan saya mula aktif berkuda dan memanah sejak lima tahun lalu bersama Natasha Hudson tapi waktu itu ‘on and off’. Tapi akhir tahun lalu, saya mula serius semula dan belajar jumping.
Hujung bulan ini saya ada pertandingan yang pertama di Sendayan.
Shiqin turut menyatakan bahawa walaupun dikenali sebagai pelakon, dia mahu membuktikan kemampuannya dalam bidang lain yang dapat membanggakan negara.
The post Shiqin Kamal Masih Solo, Idam Pasangan Kongsi Minat Berkuda first appeared on OHBULAN!.