Usahawan dan personaliti media sosial, Shaniena Natasya berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Seru Banteras Gejala B*li – ‘Terapkan Dalam Hati, Setiap Manusia Berharga’
Pengalaman dibuli

Menerusi hantaran di laman Threads, Shaniena mendedahkan dia pernah dibuli oleh seorang kanak-kanak lelaki semasa mereka berada di sekolah rendah.
Difahamkan kanak-kanak tersebut merupakan anak kepada individu yang disegani di sekolah berkenaan.
Bercakap tentang buli, dulu anak ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) semasa saya sekolah rendah, dia suka betul buli saya.
Dia panggil saya anak Siam lah, makan babilah, baling pemadam dan tarik kerusi.
Tidak tahan diperlakukan seperti itu, Shaniena kemudian mempertahankan dirinya.
Saya tak tahan sangat, saya terajang perut dia dan dia beritahu ibu bapa yang dia sakit.
Bapa dia pula ketua PIBG.
Hampir dibuang sekolah
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, kejadian tersebut telah membuatkan Shaniena hampir diberhentikan sekolah.
Saya sampai nak kena buang sekolah dan masa itu saya nak duduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Nasiblah pengetua saya baik, dia tahu nak dekat peperiksaan. Dia bagi peluang dan nasihat saya elok-elok. Tapi saya ketika itu marah.
Dulu saya selalu kena buli. Mak saya ambil naik kereta Wira, mereka selalu cakap kereta mak saya buruk dah nak rosak..besi karat.
Tapi saya okay sahaja sebab saya tak faham pun apa itu miskin kaya.
Sumber: Threads Shaniena Natasya
The post Shaniena Natasya Hampir Dibuang Sekolah Kerana Lawan Pembuli – ‘Dia Anak Ketua PIBG, Cakap Saya Makan B*bi’ first appeared on OHBULAN!.