Pempengaruh terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah meluahkan rasa bimbang sekiranya hamil anak ketiga walaupun sudah menggunakan alat perancang kehamilan.
Artikel Berkaitan: Timbul Gosip Atta Halilintar & Ria Ricis Dah Berkahwin? Ini Jawapan Tuan Badan
Artikel Berkaitan: Aurelie Hermansyah Terima Hadiah ‘Birthday’ Beg Tangan, Kek & Jambangan Bunga Gergasi! Semua Dibuat Dari Duit
Tak mahu mengandung

Memetik sumber Suara.com, Aurel, 27, berkongsikan tentang kebimbangannya ketika dia dan suaminya, Atta Halilintar bercuti ke Singapura.
Meskipun gembira dapat meninggalkan rutin sebagai ibu bapa, Aurel tidak menafikan percutiannya pada kali ini akan membuatkan dia hamil anak ketiga.
Cuma rasa seram, takut Ameena dan Azura dapat adik.
Tapi saya sudah pasang IUD (alat dalam rahim), tetapi saya dengar kawan saya punya rosak dan mereka tetap hamil.
Tolong jangan mengandung, saya benar-benar tidak bersedia.
Untuk rekod, Aurel dan Atta selamat mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta, 3, dan Azura Nur Atta, 2 tahun.
Sumber: Suara.com
The post Seronok Bercuti Berdua Dengan Suami, Aurel Hermansyah Risau Dapat ‘Baby Singapura’ first appeared on OHBULAN!.