30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin, tidak pernah menghalang suaminya Dr Rushdi Ramli untuk datang ke rumah kelamin mereka.

    Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol

    Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Gembira Suami Tak Lafaz Cerai – ‘Rupa-Rupanya Dia Masih Sayang Saya’

    ‘Mengahalau, berdosa’

    Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling berkata, Dr Rushdi masih berhak untuk datang ke kediaman mereka kerana masih memegang status suami isteri.

    Saya sangat sibuk. Jadi, saya tidak ambil kisah. Dia datang atau tidak, saya tidak ambil peduli. Tetapi sebagai orang Islam, selagi tidak bercerai, saya tidak ada hak untuk menghalau. Berdosa pula.

    Sebagai isteri, kita perlu menghormati, dan bagi saya, walaupun bekas suami sekalipun, kita perlu ada rasa hormat. Itulah prinsip saya. Selagi masih suami isteri, tidak boleh tutup pintu sebab berdosa.

    Dalam pada itu, Nora juga memaklumkan bahawa anak-anaknya masih menghormati Dr Rushdi meskipun mereka sedang berdepan dengan isu keretakan rumah tangga.

    Anak-anak berhubung seperti biasa. Mereka sedar keadaan kami, tetapi tetap berhubung dengannya.

    Saya selalu pesan pada anak-anak, kita tidak mahu bergaduh. Anak-anak pun berpendirian sama, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap hormat kepada Walid (panggilan kepada Rushdi).

    Saya tidak pernah ajar anak-anak untuk membenci atau bermusuh. Itu tidak boleh.

    Pada pagi Isnin, berlangsung proses laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di antara Nora dan Dr Rushdi.

    Bagaimanapun, prosiding perceraian mereka akan diteruskan pada lagi pada 3 September hadapan bagi proses hakam.

    Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya Rafeah Ariffin, manakala Rushdi memilih rakannya Syamsul Omar sebagai wakil JKP.

    MENARIK:  Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol

    Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram (IG) miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.

    Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

    Imbas kembali, pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

    Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

    The post ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.