30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Sebab Saya Dah Tua, Biarlah Saya Yang Masuk Dalam Keranda Itu – Bapa Leftenan T Sivasutan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Bapa kepada Leftenan T Sivasutan meluahkan rasa sedih atas pemergian anak tercinta yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

    ‘Mendiang sangat menjaga keluarga’

    Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada Leftenan T Sivasutan iaitu M Thanjappan, berkata, dia rela nyawanya digantikan agar anak lelakinya itu dapat meneruskan hidup.

    Walaupun takdir itu betul, biarlah ia berlaku pada diri saya memandangkan umur saya sudah lebih 60 tahun, manakala umur anak pula separuh daripada saya.

    Biarlah saya yang masuk dalam keranda itu, sebab saya dah tua, tiada apa lagi yang saya mahukan di dunia ini lebih-lebih lagi saya sudah bersara sebagai guru

    Sementara itu, Thanjappan, 61, menyifatkan mendiang Sivasutan seorang anak dan suami yang baik selain mengambil berat terhadap keluarga.

    Mendiang sangat menjaga keluarga contohnya kalau emak dia sakit, dia cepat-cepat beli ubat, dan tidak lokek membeli barang untuk keluarga

    Ujar Thanjappan lagi, meskipun berat untuk menerima pemergian anak tersayang namun dia berbangga kerana Sivasutan dianggap sebagai wira negara.

    Mungkin di Manjung ini ramai tidak kenal dia, tetapi hari ini seluruh Malaysia sudah mengenalinya.

    Dia satu-satunya juruterbang kaum India di TLDM Lumut dan pemergiannya ini bukan sahaja kehilangan buat keluarga, tetapi warga TLDM.

    Sekadar info, Sivasutan baru berkahwin pada 25 Januari lalu dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta – ‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.