Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui dirinya kini bahagia bersama anak tersayang, Nur Fatima Aisya.
‘Saya bersyukur, bahagia’

Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin menjawab demikian susulan memberi respon terhadap satu kenyataan daripada seorang wanita di media sosial yang menitipkan kata-kata semangat kepadanya untuk melalui kehidupan tanpa bergantung pada sosok lelaki bergelar suami.
Percayalah bahawa saya adalah wanita yang paling bersyukur dan paling bahagia dengan cinta hati saya, Fatima, di sisi.
Saya mendoakan awak dilimpahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi dan segala doa baik berbalik kepada awak
Wanita itu juga berpendapat bahawa hidup bersendirian bukan bermakna satu kelemahan sebaliknya memberi kekuatan kepada seseorang.
Pada Isnin, bekas suami Fazura iaitu Fattah Amin mengumumkan bakal menamatkan zaman duda dengan menikahi penyanyi Amira Othman pada 14 September ini. Tarikh itu juga merupakan hari kelahiran aktor itu.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017, namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia lima tahun.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Wanita Paling Bersyukur & Bahagia Dengan Fatima Di Sisi’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.