32.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tidak Akan Berkahwin Esok’ – Nora Danish

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan tersebarnya foto dan video yang mencetuskan spekulasi dirinya bakal melangsungkan perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’

    Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang

    ‘Saya tidak akan berkahwin esok’

    Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, menegaskan bahawa dia tidak akan berkahwin pada tanggal 8 September 2025 seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

    Assalamualaikum semua. Ramai yang tertanya-tanya tentang gambar dan berita viral baru-baru ini. Dengan penuh kasih sayang dan hormat, saya ingin jelaskan, saya tidak akan berkahwin esok.

    Jelas Nora lagi, foto serta video yang tular itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama dan tidak mempunyai kaitan peribadi dengan dirinya.

    Gambar atau video yang tular itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen pemasaran sebuah jenama, dan ia tidak ada kaitan peribadi dengan saya.

    Dalam masa sama, pelakon ini turut meluahkan penghargaan terhadap segala doa dan keprihatinan orang ramai.

    Saya benar-benar menghargai semua kasih sayang, doa dan keprihatinan daripada anda semua. Saya harap ini dapat menjernihkan salah faham yang timbul.

    Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dengan begitu baik. Saya sayang anda semua.

    Sebelum ini, Nora pernah memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih dan bercermin mata, sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa dirinya sedang rapat dengan seorang duda yang dikenali sebagai Mickey Ayo.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Baru Tiga Bulan Kenal, Hari-Hari Dia Ajak & Paksa Kahwin’ – Suami Ain Edruce

    Tidak lama kemudian, tular satu video memaparkan Mickey tampil lengkap berbaju Melayu putih dan sampin.

    Perkongsian sebuah jenama tempatan itu, turut menampilkan sekeping kad kahwin yang tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh 8 September 2025.

    Sumber: Instagram Nora Danish

    The post ‘Saya Tidak Akan Berkahwin Esok’ – Nora Danish first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.