Sudah lebih sedekad bertapak dalam industri muzik tanah air, penyanyi, Hazama bersyukur kerana tidak pernah terpalit dengan seberang kontroversi membabitkan dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tunggu Lagi 10 Tahun Baru Buat Konsert’ – Hazama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalaulah Dari Kecil Dulu Saya Betul-Betul Belajar Al-Quran’ – Hazama
Prinsip jaga kualiti

Hazama atau nama lengkap Hazama Ahmad Azmi, 40, memberitahu dirinya memegang satu prinsip iaitu mengejar populariti dan menjaga kualiti sesebuah karya berbanding menjadi artis yang penuh dengan gosip murahan.
Sepanjang tiga bulan dalam AF (Akademi Fantasia) saya sudah diberikan bekalan yang cukup untuk bertahan dalam industri. Semua cikgu dah pesan apa yang bakal berlaku apabila bergelar penyanyi nanti.
Apa yang saya pegang sehingga kini adalah menjaga kualiti. Sebab itu saya kurang ada kontroversi sepanjang 10 tahun. Itulah apa yang diajar sepanjang saya berada di AF.
Saya pegang prinsip untuk sentiasa hasilkan lagu, jika lagu tidak menjadi, keluarkan lagu lain. Saya penyanyi, itu lah yang menjadi fokus utama. Saya kejar populariti bukan kontroversi.
Tambah Hazama, perasaan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penyanyi juga penting supaya setiap karya yang dihasilkan sampai ke hati peminat.
Setiap karya yang saya hasilkan atau nyanyikan, saya buat dengan ikhlas. Saya percaya apabila buat dengan ikhlas seni itu akan lebih ke hadapan berbanding diri saya.
Mungkin segelintir selebriti perlukan kontroversi untuk ke hadapan. Itu lah yang berlaku kepada sesetengah penyanyi perlu jual kisah peribadi mereka.
Tapi nanti lihatnya kesan antara penyanyi yang keluar lagu dengan kontrovesi berbanding kualiti. Yang keluar lagu dengan kontroversi mesti bertahan cuma tiga bulan, lepas itu hilang.
Dalam perkembangan lain, Hazama tampil dengan buah tangan terbaharu menerusi lagu Aku Bukan Narsisis ciptaan Farouk Roman dan lirik hasil kolaborasi Hazama dan Zel Hadauan.
The post ‘Saya Sudah Diberikan Bekalan Yang Cukup Untuk Bertahan Dalam Industri’ – Hazama first appeared on OHBULAN!.