Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman mempersoal tindakan seorang tetamu yang menyentuh mengenai warna kulit anaknya ketika hadir ke kediaman ibu bapanya.
Tetamu tegur warna kulit anak
Menerusi aplikasi Threads, Tyra mendakwa tetamu yang tidak dikenalinya itu menegur warna kulit anaknya serta membandingkan dengan warna kulit anak seorang selebriti yang tidak didedahkan namanya.
Ada tetamu datang ke rumah semalam (tak kenal, tak tahu dia siapa dan mungkin kawan atau isteri kepada rakan ibu ayah saya).
Dia ‘point out’ pasal Tyara dan berkata, ‘Oh gelap ya kulit baby Tyra, tak macam baby artis (tak disebut nama) itu, putih gebu’.
Dakwa Tyra lagi, individu berkenaan turut memerhatikan anaknya dari atas hingga ke bawah selepas berkata sebegitu.
Lepas itu? Takkan nak cerah kot dah saya dan suami kulit melayu.
Takkan tiba-tiba anak kulit mat salehh pula mak cik.
Dengan baby pun nak tengok atas bawah dah kenapa.
Tak terasa hati
Di akhir perkongsian, pempengaruh berusia 26 tahun itu memaklumkan dia tidak terasa hati dengan kata-kata sebegitu namun berpendapat adalah tidak salah untuk seseorang mempunyai kulit yang sedikit gelap.
Terdahulu, Tyra selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada tanggal 19 Januari 2025.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman.
Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.