Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, tampil memohon maaf kepada orang ramai susulan kedudukan al-Quran dalam rakaman tersebut yang mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al-Quran, Netizen Puji Usaha Mendidik Anak
Ryzal minta maaf, tak sengaja

Menurut Ryzal, atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, mengakui terdapat kekhilafan dalam video tersebut apabila dia secara tidak sengaja meletakkan al-Quran di atas sejadah, susulan rehal yang digunakan oleh anaknya, Rina, tiba-tiba patah.
Semua nampak Ryzal memang tak sengaja letak Quran atas sejadah sebab kelam kabut rehal patah. Tak sedar pula Rina datang dari belakang dan terlanggar.
Ryzal nampak dan terus angkat balik Quran tu dan tak biarkan atas sejadah. Tujuan asal Ryzal post video tu kerana Rina menangis rehalnya patah dan tak perasan langsung kesilapan itu.
Dalam penjelasannya, Ryzal menegaskan bahawa dia sangat menghormati dan memahami adab terhadap Mushaf (al-Quran), dan tidak pernah berniat meremehkan kitab suci tersebut.
Kalau Ryzal tak tahu adab menjaga Mushaf, mustahil Ryzal baca, kongsi dengan anak isteri, dan letak atas rehal. Bila terjadinya rehal patah, lagi-lagi rehal kesayangan anak, mestilah rasa bersalah dan kelam kabut.
Maka tak sengaja saya terletak atas sejadah (bukan lantai) sementara mencari rehal lain. Seandainya itu mengguriskan hati ramai, maafkan insan lemah ini.
Sementara itu, Ryzal juga berharap isu tersebut menjadi pengajaran bersama dan menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang prihatin dan memberikan nasihat secara beradab.
Kalau kita melihat kekehilafan orang, tegurlah dengan baik. Tidak perlu makian, kata kesat, tuduh itu ini, seolah saya merendahkan keagungan Mushaf itu. Saya bukanlah sempurna, masih banyak perlu belajar.
Berilah teguran baik dan bukan cacian.
Sebelum ini, Ryzal berkongsi momen anaknya, Rina menangis apabila rehal miliknya patah ketika mereka sekelurga sedang mengaji Al-Quran.
Kemudian tindakan tidak sengaja Rina yang dilihat melangkah al-Quran yang diletakkan di atas lantai menjadi pertikaian di media sosial.
Meskipun berlaku tanpa niat, ramai netizen menegur dan mempersoalkan mengapa kitab suci itu diletakkan di tempat rendah, apatah lagi momen itu dirakam untuk tatapan umum.
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim
The post ‘Saya Minta Maaf, Tak Sengaja Letak Al-Quran Atas Sejadah’ – Ryzal Ibrahim first appeared on OHBULAN!.