30.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Saya dan Isteri Berhasrat Untuk Mendapat Zuriat Dalam Masa Terdekat’ – Fadlan Hazim

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon, Fadlan Hazim mengakui bahawa dia dan isteri, Aiya Mukhamedsalova sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.

    ‘Memang elok kalau saya ada anak sekarang’

    Menerusi temu bual bersama Fadlan berkata, mereka mahu memiliki dua orang cahaya mata maksimum.

    Saya dan isteri sedang mencuba. Sekarang umur dah 32 tahun, lagi lapan tahun saya dah memasuki umur 40 tahun. Memang elok kalau saya ada anak sekarang.

    Kami rancang nak seorang atau dua orang sahaja anak. Senang kalau nak pergi travel ke Kazakhstan nanti.

    Disoal mengenai perancangan untuk memiliki dua orang anak, Fadlan memaklumkan pilihan tersebut dibuat atas faktor hendak memberi tumpuan sama rata di kemudian hari.

    Macam saya, ada empat orang adik beradik. Ibu bapa membesarkan kami okey sahaja dari segi makanan dan keperluan. Cuma, saya nampak mereka sukar memberi kasih sayang dan perhatian kepada kami secara sama rata.

    Fadlan yang ditemui ketika Majlis Pembukaan Pusat Kecergasan Elitez Mont Kiara, pada petang Sabtu, turut memberitahu dia akan cuba menjadi bapa yang baik dan memberikan perhatian secukupnya apabila menimang cahaya mata kelak.

    Seandainya saya ada cahaya mata nanti, saya akan cuba memberi perhatian yang. cukup. Walaupun sibuk dengan jadual kerja, saya akan cuba.

    Sekadar info, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Abdul Somad: 'Satu Kampung Tanggung Dosa Kerana Membakar Mayat Seorang Muslim'

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.