Isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti menjalani pembedahan kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim buat kali kedua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Titip Ucapan Sempena Birthday Sari Yanti, Dedah Isteri Jadi Cikgu ‘English’ Di Rumah – ‘Saya Banyak Belajar Dengan Dia’
Moga dipermudah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sari memuat naik foto dirinya yang sedang terbaring di katil hospital sambil dirawat oleh seorang jururawat.
Di ruangan kapsyen, Sari atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya dipermudah.
Pembedahan kehamilan ektopik saya buat kali yang kedua.
Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari Yanti cepat sembuh, terima kasih semua.
Komen netizen


Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian rakan artis dan wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar urusan Sari berjalan dengan lancar.
Sekadar info, Sari sebelum ini pernah melakukan pembedahan membuang satu tiub fallopiannya selepas kali pertama berdepan kehamilan luar rahim pada 2018.
Untuk rekod, Sari mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Jep atau nama lengkapnya Mohd Nazri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Sementara itu, Sari mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: IG Sari Yanti
The post Sari Yanti Jalani Pembedahan Kehamilan Ektopik Kali Kedua – ‘Doakan Saya Cepat Sembuh’ first appeared on OHBULAN!.