25.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Sambutan Gemilang & Meriah di MyTown KL! Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN 2024 Dengan Aktiviti Menarik!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berlangsung penuh gemilang pada 28 September 2024 di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur.

    Acara ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menabung bagi pendidikan tinggi dan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari.

    PTPTN raikan hari tabungan sedunia dalam acara istimewa

    Dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, diiringi oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

    Program signature Bulan Menabung Simpan SSPN ini diadakan sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Oktober dengan tema “Fantasi”! dan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda.

    Ia menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan budaya penabungan dan juga perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak. 

    Ada pelbagai aktiviti & persembahan menarik!

    Sepanjang majlis, pengunjung turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Action Song Simpan SSPN, PTPTN e-Sport Challenge (Mobile Lagends : Bang Bang), Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Kuiz Kahoot dan penampilan khas Didi & Friends.

    PTPTN turut meraikan 20 tahun Simpan SSPN. PTPTN telah mengharungi pelbagai cabaran untuk memastikan Simpan SSPN terus kekal relevan sebagai produk simpanan terbaik dan berdaya saing di negara ini

    Ketika Majlis Pelancaran BMS 2024, turut diadakan tayangan lagu korporat PTPTN yang telah diberi nafas baru, seiring dengan perkembangan industri muzik, persembahan tarian dan persembahan juara Pertandingan Action Song Simpan SSPN 2024.

    MENARIK:  Berita Viral: Aisyah Hijanah Mengajukan Permohonan Cerai, Alif Teega Kelihatan Tenang Merapatkan Rambut Anak & Bersiap Untuk Membuka Butik Baharu

    Acara ini berjaya menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan, menjadikannya lebih menarik bagi tetamu yang hadir, termasuk golongan kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat.

    Penyampaian sijil dan hadiah buat pemenang  WOW!

    Bukan tu je, majlis ini turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik BMS 2024, sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka dalam menjayakan kempen ini.

    Selain itu,turut diadakan penyampaian hadiah kepada  pemenang utama Cabutan Siri WOW! Kasih.

    Penyampaian hadiah ini bukan sahaja menambah keterujaan kepada majlis, tetapi juga memberi motivasi kepada lebih ramai peserta untuk menabung dalam Simpan SSPN.

    Jangan lepaskan peluang menabung dengan Simpan SSPN sepanjang bulan Oktober ini!

    Dengan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif dan banyak lagi. Simpan SSPN adalah pilihan bijak untuk perancangan kewangan masa depan. 

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi Superhero anak-anak korang serta menabung dengan Simpan SSPN sepanjang bulan ini. 

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.