Selepas melakukan aktiviti paranormal, pengacara, Roslan Shah mendakwa dirinya mengalami gangguan mistik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah & Sajat Buat Aktiviti Paranormal, Netizen Mengekek ‘Part’ Tukar Pampers – ‘Merepek Lah Hidup Kita’
Muntah berdarah

Roslan atau mesra disapa Cik Lan memberitahu, selepas pulang ke rumah pada malam kejadian, dia sukar untuk melelapkan mata.
Saya tidak dapat tidur malam, saya tidak tahu kenapa. Saya buat konten paranormal itu sebab saya dibayar. Jujurnya saya dengan Sajat sangat penakut dan kami tidak berani sebenarnya.
Rentetan itu, pengacara asal Singapura mendapatkan rawatan dengan seorang pengamal perubatan Islam.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang ustaz membacakan ayat suci al-Quran dan beberapa doa sebagai ikhtiar membantu Roslan untuk sembuh daripada penyakit serta gangguan yang dialami.
Pada hantaran sama, Roslan dilihat muntah berdarah dan tangannya menggigil ketika doa dibacakan.
Ustaz tersebut turut mendakwa, ada ‘sesuatu’ (makhluk halus) yang menumpang di badannya.
Terdahulu, Rolsan dan Sajat melakukan aktiviti paranormal di kawasan perkuburan Cina di Singapura dan menyiarkannya secara langsung di TikTok.
Sumber: TikTok
The post Roslan Shah Alami Gangguan Mistik Selepas Buat Paranormal Dengan Sajat, Muntah Berdarah & Sukar Tidur first appeared on OHBULAN!.