Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan perbalahan yang berlaku membabitkan peniaga gerai makanan dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
‘Laporan polis telah dibuat oleh MPAJ’
1) laporan polis telah dibuat oleh MPAJ.
2) saya akan bawa isu ni je Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, sbg ahlinya.
3) operas? Penguatkuasa keluarkan kompaun kpd peniaga yg gaji kan warna asing.
4) Dakwaan pemilik bukan warganegara dah disemak, tak benar.— Altimet.eth (@altimet) August 17, 2024
Menerusi video yang dikongsikan, seorang peniaga mendakwa penguat kuasa MPAJ berat sebelah ketika menjalankan operasi penguatkuasaan.
Individu itu turut mendakwa terdapat peniaga lain yang terlepas daripada dikenakan kompuan selepas menggunakan lesen pihak ketiga. Selain mendakwa ada seorang pegawai bernama ‘Hisham’ menghubunginya meminta ‘duit kopi’ (rasuah).
Isu yang tular itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.
Menurut Altimet, MPAJ telah membuat laporan polis berhubung kejadian selain pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) negeri.
Operasi penguatkuasa keluarkan kompaun kepada peniaga yang gajikan pekerja asing.
Dakwaan pemilik bukan warganegara dan disemak, tak benar.
Betul, kalau ada salahguna kuasa atau rasuah, tindakan kena diambil.
Apa yang jadi sekalipun, jangan kasar mengasari. Ada dakwaan penguatkuasa disentuh dalam insiden ini. Ini perlu dibuktikan.
Memetik laporan Sinar Harian, Yang Dipertua MPAJ iaitu Dr Ani Ahmad meminta pengadu melampirkan bukti jika wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa seperti didakwa.
Operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan, dan penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukan sedia ada meliputi pelanggaran syarat lesen termasuk tambahan struktur tanpa kebenaran serta menggajikan pekerja asing.
Tambahnya lagi, maklumat lanjut berhubung kejadian dimaklumkan dalam masa terdekat.