24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Redza Rosli Berkongsi Pengalaman Meminang Bella Hanna – ‘Saya Langsung Mengajaknya Untuk Membeli Cincin’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon, Redza Rozli mendedahkan tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Bella Hanna sebelum mereka masing-masing membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

    Detik melamar Bella Hanna

    Ketika ditemui di majlis pernikahannya bersama Bella di Forest Valley, Cheras, Selangor pada Jumaat, Redza atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli, 32, berkata, dia telah melamar Bella untuk menjadi isterinya ketika mereka keluar makan bulan lalu.

    Kami dah lama kenal, tiada tunang terus nikah. Kami pun tak pernah isytihar kami bercinta. Satu hari saya ajak dia pergi makan tapi waktu itu niat saya sudah lain.

    Saya terus ajak dia pergi beli cincin dan pada waktu itulah kami meluahkan perasaan di antara satu sama lain.

    Berkongsi perasaannya, Redza yakin dan percaya bahawa Bella adalah wanita dan isteri terbaik yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.

    Insya-Allah saya yakin Farhana Nabila (Bella) terbaik untuk saya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu akui tidak gemar keluar berdua-duaan dengan Bella. Namun akan melaporkan kepada ibu bapa Bella sekiranya mereka keluar.

    Saya tidak suka temu janji berdua-duaan, selalunya saya terus ke rumah mak ayah dia minta izin.

    Walaupun ajak pergi makan berdekatan kawasan rumah pun saya akan minta izin dan restu. Saya sendiri akan update ayah dia ke mana kami pergi setiap masa.

    Redza juga berhajat untuk membawa isterinya menunaikan umrah apabila urusan kerja selesai.

    Saya buat persiapan pernikahan ini pun ketika sibuk menjalani penggambaran malah kursus kahwin pun saya pergi masa cuti bulan lalu.

    Insya-Allah saya nak bawa isteri tunai umrah sebab kena berterima kasih pada Allah yang memudahkan urusan pernikahan kami dan anak kami serahkan pada rezeki.

    MENARIK:  [VIDEO] Hajar Hanif Bertemu Cinta Sejati, Kini Sah Menjadi Isteri Azwan Aziz

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.