25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ratu Cantik Vivienna Alfred Menyukai Aktiviti Lasak, Menceritakan Pengalaman Mistik Di Dalam Gua – ‘Mendengar Bunyi Gamelan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    ratu cantik 2

    Ratu cantik dan pengacara, Vivienna Alfred menyahut cabaran melakukan aktiviti lasak meneroka gua-gua di pelbagai lokasi yang berbeza.

    Suka aktiviti lasak

    Vivienna Alfred

    Menurut Vivienna, 27,  dia berasa bertuah kerana dipilih mengacarakan rancangan Caves & Caverns yang melibatkan hobi diminati dirinya.

    Kata Vivienna, sebagai gadis bandar, dia berasa teruja dan dan menjadi satu memori istimewa apabila dapat merasai pengalaman itu sendiri.

    Tak kira macam mana orang kenal saya sebagai ratu cantik, model, dan pengacara, saya tak pernah lagi jayakan rancangan sebegini. Personaliti saya sebenarnya seorang yang sangat lasak. Idea dimahukan produksinya adalah untuk jadikan saya pesona dalam rancangan itu.

    Ia bermula selepas saya beritahu pernah lakukan ‘skydiving’ di Dubai dan ‘bungee jumping’ di Afrika Selatan. Mereka tahu saya gemar dan berseronok dengan aktiviti begitu namun bagaimana jika mereka ‘campak’ saya dalam hutan pula?

    Tambah anak jati Kuching, Sarawak itu, pengalaman paling tidak boleh dilupakannya adalah berdepan kejadian mistik sewaktu melawat sebuah gua di Sabah.

    Bagaimanapun, dia mengambil situasi itu sebagai peringatan untuk belajar mengenai pantang larang yang harus dipatuhi ketika masuk gua.

    Sejak dulu lagi, ada upacara tertentu yang perlu dijalani untuk masuk gua dan semua itu dilakukan ketua kampung di sana terlebih dulu. Dia kemudian memberi amaran supaya kami tidak menegur jika dengar atau lihat apa-apa yang aneh di dalam.

    Sewaktu memasukinya, saya adalah antara yang berada di barisan paling hujung. Apabila sudah bergerak ke dalam, tiba-tiba saya dengar bunyi gamelan.

    Mulanya, saya ingatkan ada orang buka video TikTok tapi tiada siapa bermain telefon bimbit ketika itu.

    Saya diamkan saja kerana teringat pesanan ketua kampung itu kerana saya pun bukan jenis penakut. Saya cuma membuka mulut sewaktu makan malam pada hari itu. Rupanya seorang jurukamera kami pun ada terdengar bunyi sama.

    Bagaimanapun, saya optimis saja anggap mainan gamelan itu mungkin untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Syukur tiada kejadian ekstrim berlaku seperti rasukan atau lain-lain.

    Ubah takrifan stereotaip tradisional

    Vivienna Alfred 2

    Sementara itu, penerbit dari rumah produksi Above The Line, Sherry Sidek, pula berkata Caves & Caverns membawa misi yang cukup luas.

    MENARIK:  Asya'B Berani Ambil Risiko Dengan Lagu 'Sayang Padamu' Sebagai Single Pertama, Senang Bekerjasama Dengan Zul 2By2

    Jelasnya, program itu bukan sekadar menonjolkan pengalaman aksi lasak dan keindahan gua, namun secara tidak langsung untuk memecahkan stigma masyarakat juga.

    Tambah Sherry, dia percaya pengembaraan mereka itu mampu mencetus inspirasi kepada orang ramai.

    Rancangan ini bertujuan mengubah takrifan stereotaip tradisional dengan mempamerkan wanita juga lasak serta memiliki kekuatan luar biasa. Kami fokus kepada keazaman dan kesungguhan tinggi wanita bergadai usaha demi menggapai impian mahupun misi hidup.

    Cabaran jayakan Caves & Caverns sangat besar. Paling penting adalah mengumpul pasukan tepat kerana menuntut stamina tinggi, tempoh penggambaran panjang, dan keberanian. Lokasi penggambaran pun bukan calang-calang. Laluan gua sempit, licin, dan macam-macam situasi lagi.

    Visi kami adalah dapat melunaskan hajat untuk gambarkan keunikan setiap gua serta pengembaraannya dalam bentuk filem. Kami percaya Caves & Caverns berpotensi menjadi rujukan berguna untuk penonton menerusi visual memukau dan kisah penuh inspirasi.

    Dalam pada itu, Sherry turut menjelaskan Borneo dipilih untuk rancangan itu kerana keindahan khazanah alamnya setanding tempat lain.

    Namun begitu, dia tidak menolak terbuka untuk meneroka lokasi lain di Malaysia mahupun negara serantau pula pada masa hadapan.

    Memperluas rancangan ini dengan meneroka Semenanjung Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara bukan saja dapat memartabat khazanah alam kita dan negara serantau. Malah, tawarkan penonton perspektif lebih luas terhadap keindahan dan signifikan landskap yang memukau.

    Bersiaran sebanyak 13 episod, penonton dibawa meneroka keindahan Gua Sireh, Gua Silabur, Gua Angin, Gua Buddha, Gua Pari-Pari Ajaib, Gua Posih, Gua Niah, dan Gua Mulu di Sarawak. Manakala di Sabah adalah Gua Madai, Gua Terpadung, Agob Batu Tulug, Gua Gomantong, dan Makam Penyu.

    Rancangan Caves & Caverns di stesen TVS, saluran 122 di MYTV, Unifi TV dan Astro akan mula bersiaran mulai 4 September, setiap Jumaat, jam 8.45 malam.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.