29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Memasuki hari kelapan tayangan, kehebatan filem aksi ‘Blood Brothers: Brothers’ terus berlegar di bibir para peminat.

    Road to 100 juta?

    Lebih mengagumkan, filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini bejaya mengutip sebanyak RM29.9 juta dalam tujuh hari tayangan.

    Ramai yang dilihat masih belum ‘move on’ sehinggakan ada yang mula melancarkan kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’.

    Masakan tidak, ada yang sanggup untuk ‘repeat’ menonton filem ini meskipun sudah berkali-kali ke panggung.

    Dalam pada itu, para peminat bukan sahaja membuat ‘reaction review’ malah ada juga yang melakukan konten parodi selepas menonton filem bertaraf antarabangsa ini.

    Paling seronok, kesemua ini datangnya dari peminat sendiri tanpa sebarang arahan mahupun ‘paid promo’.

    Sekiranya momentun ini berterusan, tak mustahil filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ akan menjadi filem Malaysia pertama capai RM100 juta. 

    Filem Blood Brothers

    Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

    Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

    Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

    MENARIK:  Jawatankuasa Pendamai Gagal! Laporan Ke Peringkat Hakam Bagi Kes Cerai Adira Suhaimi & Datuk Red

    Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya  kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

    Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ dengan menontonnya di 146 pawagam terpilih.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.