28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Puteri Zarith Tidak Meminati Netizen Yang Mengaitkan Kekurusan Dengan Penyakit – ‘Ada Kali Terpaksa Menyekat Komen’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Puteri Zarith baru-baru ini memberitahu kepada bahawa dia menerima komen negatif berhubung saiz fizikalnya yang dilihat semakin kecil.

    Tak suka orang kaitan kurus dengan sakit

    Menerusi temu bual di majlis exclusive preview Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, Puteri berkata dia tidak kisah sekiranya orang menegur bentuk badannya semakin kurus, namun dia tidak gemar apabila orang mengaitkan penurunan berat itu disebabkan sakit.

    Bila berat badan berlebihan, cakap tembam la dan macam-macam lagi. Itu dah jadi body shaming. Walaupun saya jual produk untuk kurus pun, saya tak cakap ia sesuai untuk orang gemuk. Perkataan itu sendiri tak sedap untuk dengar.

    Paling saya tak suka bila dengar, orang kata sakit ke. Perkataan tu seolah mengharapkan kita sakit. Kadang-kadang saya terpaksa tutup komen sebab malas nak baca.

    Disoal mengenai berat badan, Puteri mengakui bahawa berat badannya turun sebanyak lebih kurang lima kilogram selepas mengambil produk kurus miliknya.

    Ikutkan saya ambil supplement produk saya sendiri tapi buat masa kini, saya berhenti makan sebab takut selepas ini tinggal tulang saja kan. Saya ambil produk saya itu sejak Disember tahun lalu, sekarang makin hari, bila ukur baju raya dari pinggang 23, kini dah 22.

    Ada yang komen positif kata rindu badan saya yang lama. Tapi saya ini kecil saja, bila saya hilang dalam dua ke tiga kg itu nampak. Tapi sebenarnya saya hanya hilang dalam lima kg saja, tak banyak pun.

    Sebelum ini, Puteri Zarith telah memuat naik artikel daripada mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang turut kurang senang orang mengaitkan fizikalnya semakin kurus disebabkan sakit.

    MENARIK:  Baby Shima Menjawab Isu Video Bergelek Didakwa Di Kelab Malam Setelah Dijemput Buat Persembahan

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.