30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pergilah Ke Mana Saja, Orang Tetap Akan Panggil Saya Penyampai Buletin Utama TV3 – Saiful Nizam Ismail

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Bekas pembaca berita TV3, Saiful Nizam Ismail tidak menafikan bahawa TV3 merupakan institusi yang memberi peluang buat dirinya untuk meningkatkan potensi diri dan menperkembangkan bakat yang ada.

    Pengalaman yang orang lain tak dapat

    Menerusi temu bual bersama , bekas peserta program Malaysian Top Host ini menganggap jenama TV3 terlalu kuat dalam dirinya sehinggakan tidak pernah rasa menyesal memilih bidang media sebagai kerjaya.

    Pergilah mana pun orang akan panggil saya penyampai Buletin Utama TV3. Ada yang tidak tahu nama, tetapi, apabila dengar suara saya, dia tahu saya penyampai TV3.

    Jadi, apa yang boleh saya katakan, jenama TV3 memang susah dibuang, ia ‘melekat’ sampai bila-bila. Ahli keluarga saya semuanya bekerja dalam bidang profesional seperti arkitek, doktor, peguam dan akauntan.

    Iyalah, sebelum ini, ibu bapa pandang kecil bidang media. Saya pula pelajar dalam jurusan perakaunan, jadi, banyak cabaran dilalui. Namun, saya tidak menyesal pilih bidang ini.

    Banyak perkara saya belajar untuk menjadi manusia dan pengalaman yang orang lain tidak dapat.

    Saiful Nizam ditemui pada majlis perasmian ulang tahun ke-40 TV3 di Muzium Telekom, Sabtu lalu. Selain Saiful, beberapa orang bekas personaliti TV3 turut hadir majlis tersebut.

    MENARIK:  'Anak Autisme: Ladang Pahala Kita' – Aeril Zafrel

    Sekadar info, Saiful Nizam mengambil keputusan meninggalkan kerjaya dalam dunia penyiaran pada tahun 2016.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.