24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pengiktirafan Kerjaya Nyanyian Saya Selama Empat Dekad Dalam Industri Muzik Malaysia

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Penyanyi, Noraniza Idris meluahkan rasa syukur kerana tersenarai sebagai penerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), kategori nyanyian pada Majlis Konvokesyen, Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), baru-baru ini.

    Saya bersyukur

    Menurut Noraniza Idris, sijil yang diperolehnya adalah pengiktirafan dalam kerjaya nyanyian diceburi sepanjang empat puluh tahun berada di dalam industri muzik.

    Saya sangat bersyukur kerana ada platform industri kemahiran yang boleh mengiktiraf dan membuktikan bakat nyanyian diceburi selama ini.

    Ramai artis yang mahukan bakat seni mereka diiktiraf dari segi pencapaian menerusi SKM ini.

    Tambah pelantun suara ‘Dikir Puteri’ ini lagi, pekerja industri seperti penyanyi dan pelakon yang layak sahaja akan dianugerahkan sijil itu sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing.

    Sijil bakat nyanyian yang diterima ini bermula dari ‘level 3’ (tahap 3).

    Proses pendaftaran bermula dari set dokumen yang mengandungi rekod dan bukti pengalaman serta proses yang sudah berlaku.

    Bukti diperlukan termasuk senarai tugas dan kelayakan profesional yang pernah dilalui sepanjang 40 tahun dalam industri muzik tanah air.

    Sebagai contoh, album yang pernah dihasilkan dan persembahan pentas sebagai penyanyi utama.

    Selain itu, anugerah yang pernah dimenangi iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL), sijil dan trofi yang dimenangi.

    Pencapaian tertinggi

    Berbicara lebih lanjut, Noraniza Idris mengakui bahawa sijil tersebut cukup bermakna buat dirinya.

    Ia pencapaian tertinggi dalam karier seni menerusi bidang kemahiran yang diiktiraf kerajaan. Sijil pencapaian kemahiran ini juga menjadi garis pengukur kepada kemampuan saya dalam menjalankan tugasan jika diberi kepercayaan atau mandat yang berkaitan dalam bidang nyanyian profesional pada masa akan datang.

    Ia juga memberi motivasi buat saya menjadi lebih yakin untuk membuat perkongsian ilmu selepas ini.

    Sebelum ini, saya mudah lemah semangat apabila diperkecilkan bakat nyanyian seolah tidak ada masa depan di mata masyarakat industri muziK khasnya.

    MENARIK:  'Bila Masa Manusia Sekarang Mudah Buat Dosa? – Hot Daddy'

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.