24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Penganjur Minta Maaf, Penampilan Tarian Dangdut Diva AA Sebagai Punca Penutupan Festival Raya

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Tindakan selebriti versatil, Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA yang melakukan tarian dangdut di Karnival Fiesta Raya Baling 2024 mengundang padah apabila festival berkenaan diarahkan tutup serta merta oleh kerajaan negeri.

    Penganjur mohon maaf

    Terbaharu, pihak penganjur bagi karnival berkenaan, Maju Kedah Resources mengakui kekhilafan pihaknya dan tampil membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

    Menerusi hantaran tersebut, persembahan yang dilakukan Diva AA bersama beberapa orang lelaki lain di atas pentas adalah di luat jangkaan mereka memandangkan persembahan tersebut bukanlah salah satu daripada atur cara program mereka.

    Merujuk kepada video tular memaparkan Azwan Ali yang menari di atas pentas Fiesta Raya Baling 2024 baru-baru ini, pihak kami memohon sejuta kemaafan atas isu tersebut.

    Perkara tersebut berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentaas memandankgan Azwan Ali tiada dalam senara jemputan rasmi program.

    Beliau hadir atas jemputan sahabat TikTokers beliau yang turut sama berniaga di festival tersebut.

    Susulan daripada insiden tersebut, pihak mereka mendedahkan ada menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob yang turut mengarahkan supaya festival tersebut ditutup.

    Dengan kejadian yang telah berlaku ini, pihak kami juga telah mendapat teguran keras daripada Adun Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan beliau telah mengarahkan agar Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung perkara yang telah berlaku.

    Oleh itu, kami dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut dan akur untuk menutup terus penganjuran festival ini.

    Di akhir hantaran tersebut, pihak Maju Kedah Resources sekali lagi membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melanda.

    MENARIK:  Bapa Menangis Saat Beritahu Guru Sekolah Pondok Hamilkan Anak Bawah Umur, Nikah Tanpa Wali: 'Saya Merasa Gagal Sebagai Bapa' [VIDEO]

    Terdahulu, tular satu video memaparkan Diva AA bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada festival tersebut.

    Perbuatan mereka itu meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan mereka tersebut yang dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.