24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 8, 2024
KEMPEN IKLANShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelawak berusia 38 tahun dan isteri direman membantu siasatan kes penyebaran maklumat dalaman polis

    Shopee CNY Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

    Pelawak ditahan

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, telefon bimbit pasangan tersebut telah dirampas bagi membantu siasatan.

    Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam jam 7 malam Isnin.

    Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Farid Kamil Menyerahkan Barang Kemas Kepada Diana

    Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

    Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

    The following two tabs change content below.

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANShopee SaleShopee Sale

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.