Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma dibebaskan pada petang Selasa.
Ikat jamin RM100,000 seorang
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh serta dua individu lain yang ditahan SPRM untuk siasatan kes seleweng dana derma awam dibebas dengan jaminan RM100,000 seorang.
Mereka perlu lapor diri sekali sebulan di pejabat SPRM atau hadir hingga siasatan selesai.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 16, 2024
Menerusi ciapan yang dibuat Mohd Redzuan Abdul Manap di aplikasi X, pasangan pempengaruh berkenaan serta dua lagi individu lain dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang.
Bukan itu sahaja, mereka berempat juga perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga siasatan mengenai kes dakwaan melibatkan mereka berdua selesai.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Perintah tahanan reman yang bermula pada 11 hingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga 16 julai selepas permohonan dibuat SPRM.
Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM.
Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.