26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pablo Amirul Respon Spekulasi Anak Didakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pempengaruh – ‘Ada Sensitiviti Perlu Dijaga’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon Pablo Amirul memberi respon terhadap spekulasi bahawa remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang personaliti media sosial adalah anak kandungnya.

    Artikel Berkaitan: Pablo Amirul ‘Backup’ Kekasih, Nafi Dr Hana Tumpang Populariti – ‘Saya Sendiri Pilih Kongsi Hubungan Di Media Sosial’

    Artikel Berkaitan: Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’

    Respon Pablo

    View this post on Instagram

    A post shared by PABLO AMIRUL (@pabloamirul)

    Ketika ditemui , Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, mengakui bahawa dia mengenali keluarga mangsa namun memilih untuk tidak mengakui atau menafikan berhubung status dirinya dengan remaja tersebut.

    Bagaimana awak yakin itu adalah anak saya?

    Saya tidak mengiyakan atau menidakkan. Saya kenal remaja itu dan ibunya.

    Kalau saya sudah berkahwin atau belum, perkara itu bukanlah sesuatu yang susah untuk awak semua ketahui.

    Tapi ada sensitiviti yang perlu dijaga. Kes pun masih berjalan, tak guna saya beri sebarang kenyataan ia mungkin boleh mengganggu proses.

    Menurut pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa tersebut, dia tidak terkesan apabila dirinya didakwa bapa kepada mangsa selain mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

    Kalau saya terganggu, sejak hari pertama isu ini terjadi lagi saya akan berikan kenyataan tetapi saya mengambil pendekatan untuk berdiam dan fokus pada kerjaya.

    Bohonglah kalau saya kata, saya tak ambil tahu tapi biarlah mereka menyelesaikan kes itu dengan pihak berkuasa.

    Pablo berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Polis Evo Wonda-Ful 10 Years yang berlangsung di TGV, KLCC pada Rabu.

    MENARIK:  Mayat lelaki berjersi 56 ditemui sah Nidza Afham

    Nasihat Pablo

    Susulan pelbagai kes jenayah yang semakin meningkat, Pablo turut meninggalkan pesanan kepada selebriti dan personaliti media sosial agar lebih berhati-hati.

    Perkara yang berlaku itu boleh berlaku kepada sesiapa pun. Nasihat saya adalah, dunia hiburan penuh dengan godaan..boleh sesat.

    Berhati-hati, jangan terlalu ikut nafsu terutama yang membabitkan remaja bawah umur.

    Terdahulu, seorang pempengaruh telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menghantar kiriman mesej dan foto tidak senonoh kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

    The post Pablo Amirul Respon Spekulasi Anak Didakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pempengaruh – ‘Ada Sensitiviti Perlu Dijaga’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.