26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Orang Asing Menghargai Karya Seni Negara, Mereka Menghormati Bakat Setiap Pembuat Filem, Penulis Skrip dan Kru Belakang Tabir

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Mia Sara Shauki berkongsi pengalaman dan rasa terujanya apabila berpeluang menghadiri Festival Filem Antarabangsa Ho Chi Minh (HIFF) di Vietnam pada 7 dan 8 April lalu.

    Orang luar hargai karya seni negara

    Menerusi temu bual bersama Mia berkata, dia banyak mengutip pengalaman berharga yang tidak disangka-sangka ketika menghadiri tayangan khas filem-filem di sana.

    Saya berpeluang melihat bagaimana orang luar menghargai karya seni negara mereka dan begitu juga sebaliknya. Apabila berada di sana mereka begitu menyambut baik kedatangan penggiat seni luar dan memastikan setiap individu yang berada dalam bilik itu adalah insan penting.

    Mereka sayang kepada bakat setiap pembikin filem, kru, penulis skrip mahupun kru-kru belakang tabir.

    Ujar Mia, dia berada di Ho Chi Minh selama empat hari bagi memenuhi undangan penganjur HIFF sempena tayangan khas Geng Kubur bersama Gavin. Seorang lagi pelakon yang juga menjayakan filem berkenaan, Firdaus Sufian turut sama menyertai festival itu.

    Disoal mengenai pengalaman sepanjang menjalani penggambaran filem Geng Kubur pada tahun lalu, Mia menyifatkan penggambaran tersebut merupakan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan buat dirinya.

    Filem arahan Gavin Yap itu bukan sekadar mengangkat kisah seram, tetapi banyak mesej yang boleh dipelajari. Di sebalik kisah seram dalam Geng Kubur sebenarnya ada mesej mengenai nilai persahabatan yang sukar untuk kita cari sekarang di mana persahabatan yang terjalin betul-betul ikhlas tanpa ada apa-apa niat lain.

    Bukan itu sahaja, perihal pentingnya hubungan dan kasih sayang dalam keluarga turut diterapkan. Kadang-kadang orang terlepas pandang elemen ini yang sebenarnya adalah faktor penting dalam masyarakat kita.

    Setiap watak utama tidak menjalani kehidupan yang sempurna dan mereka perlu berhadapan isu yang melanda diri masing-masing. Boleh dikatakan, ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

    Saya harap, mesej-mesej sebegini sampai dan dapat dimanfaatkan. Itu yang lebih penting iaitu kesannya kepada jiwa.

    MENARIK:  [VIDEO] Pesan Anak Zahirah MacWilson: Jangan Perbualkan Orang, Berbuat Baiklah Kepada Semua

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.