25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Norman Hakim Ucap Selamat Hari Ibu Buat Abby Abadi & Memey – ‘Saya Hargai Pengorbanan Kalian Buat Anak-Anak’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon, Norman Hakim menitipkan ucapan hari ibu buat isteri dan bekas isterinya, Memey Suhaiza dan Abby Abadi.

    Hargai pengorbanan Abby & Memey

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri?? (@normanhakim_786)

    Menerusi Instagram (IG), Norman yang memuat naik beberapa momen ketika menonton konsert kumpulan KRU berkata, dia sangat menghargai pengorbanan yang dilakukan Memey dan Abby sepanjang melahir dan membesarkan zuriat mereka.

    Selamat hari ibu buat dua wanita hebat yang telah melahir dan membesarkan enam permata hidup saya.

    Kepada isteri dan mantan isteriku, ibu-ibu kepada anak-anakku, saya menghargai setiap pengorbanan, kasih sayang dan doa kalian yang tidak pernah putus untuk anak-anak kita.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Gerak Khas The Movie 3’ ini memaklumkan akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk mengekalkan ukhwah demi menjadi bapa dan ibu yang baik buat anak-anak mereka.

    Walau dilanda gempa bumi, taufan dan badai, ingat janji-janji kita yang kita akan sentiasa bersatu dalam satu misi iaitu menjadi ibu dan bapa terbaik untuk zuriat kita.

    Sekali lagi, terima kasih kerana menjadi ibu yang luar biasa.

    Semoga kasih kalian terus menjadi cahaya yang membimbing anak-anak menuju masa depan yang penuh rahmat dan kebaikan, insya-Allah.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat perkongsian Norman dan turut menitipkan ucapan hari ibu buat Memey dan Abby.

    MENARIK:  Tunggu Sahajalah Surat Saman Saya - Fathia Latiff

    Untuk rekod, Norman dan Abby pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai sebanyak dua kali pada Mei 2006 dan Disember 2008.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.

    Norman dan Abby kemudiannya tetap meneruskan hubungan baik selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.