Pelakon, Norish Karman lebih selesa berdikari dengan memilih untuk melakukan solekan wajah dan menyediakan pakaian sendiri setiap kali terlibat dalam sesi penggambaran drama.
Artikel Berkaitan: Norish Karman Rasa Kasihan, Anak Muda Abai Pelajaran Sebab Nak Jadi ‘Influencer’ – ‘Tak Guna Ada Duit Tapi Tiada Ilmu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Ambil Empat Orang Anak Angkat Sejak Covid-19 – ‘Saya Tak Rasa Diri Saya Baik Tetapi Mereka Perlukan Seorang Ibu’
Mekap sendiri

Ketika ditemui , pemilik nama Nor’ashikin Karman, 51, berkata sifat itu sudah dibentuk sejak dia melakonkan watak Qistina dalam drama bersiri popular Spa Q.
Dari dulu saya mekap sendiri sampai sekarang. Semasa sesi penggambaran untuk drama Spa Q pun saya mekap sendiri.
Sekarang pun sama, saya akan datang dalam keadaan bersiap kemudian mereka akan ‘touch up’ yang selebihnya.
Saya buat begini sebab pernah sekali saya lalui saat di mana penerbit dan jurusolek bergaduh mengenai bayaran.
Sejak itu, saya rasa saya kena belajar untuk buat sendiri termasuk mekap.
Norish berkata demikian pada sesi fotografi drama terbaharunya, Takdir Cinta Terlarang, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Pakaian sendiri

Dalam pada itu, Norish berkata selain daripada mekap dia juga menyediakan busana sendiri untuk setiap watak yang dilakonkan.
Katanya, penyediaan pakaian itu juga mencecah RM3,000 hingga RM4,000 bagi sesebuah drama.
Itu pengorbanan buat pelakon kerana dalam industri seni ini kita tiada penaja besar. Jadi saya sediakan pakaian sendiri.
Lagipun yang keluar televisyen muka saya juga kalau tidak lawa mereka akan kritik kata saya macam-macam. Jadi sebab itulah saya belajar semuanya sendiri.
Sementara itu, Norish yang kini kembali selepas menyepi selama enam tahun menyifatkan kemunculannya dalam drama Takdir Cinta Terlarang itu sebagai ‘comeback’.
Dalam Takdir Cinta Terlarang akan disiarkan slot Akasia TV3, Norish bergandingan dengan Tony Eusoff, Jazmy Juma, Syaza Bae, Julia Marin, Darien Ael dan Manda Hash.
The post Norish Karman Pilih Berdikari, Belanja Ribuan Ringgit Demi Watak – ‘Dari Zaman Spa Q Saya Mekap Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.