31 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan, dia berdepan dengan pelbagai tomahan daripada warganet selepas berkahwin buat kali kedua.

    Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Nafi Dakwaan Masuk Hospital – ‘Saya Baik-Baik Saja’

    MENARIK:  Izara Aishah Tidak Boleh Mengawal Emosinya, Marah Dengan Kes Pembunuhan Zulfarhan - 'Kaya Tetapi Jahat, Bertuhankan Gaya'

    Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

    Luahan Nora

    @bernamatvofficial

    BILA ‘SATU’ TIADA Jangan mudah menghukum takdir insan lain. Datuk Nora Ariffin itsnoraariffin terpaksa melalui pelbagai episod cabaran hidup yang tidak ramai yang memahami. Ikuti episod penuh podcast hidupinikeras di semua platform Youtube dan Facebook Bernama, Sabtu, 10 pagi. podcast hidupinikeras bernamaofficial bernamatv bernamaradio

    ♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

    Menerusi podcast Hidup Ini Keras, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin sebelum ini menghasilkan produk makanan iaitu pes masakkan dan turut bergantung kepada hasil jualan tersebut.

    Saya tak malu berniaga, kalau suatu hari saya perlu berniaga nasi lemak tepi jalan pun tak mengapa.

    Sebelum ini saya aktif berniaga dan buat live untuk berniaga, secara konsisten saya dapat jual 20 ke 30 pack satu hari. Bagi saya itu sudah cukup untuk menjana pendapatan.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 53 tahun itu pernah berputus asa untuk meneruskan sesi siaran langsung bagi mempromosikan produknya di media sosial selepas menerima kecaman daripada warganet.

    Tapi yang paling sedih adalah apabila kontroversi menghimpit saya dan banyak mulut yang mengata.

    Suatu hari ketika saya buat live, ada yang komen ,’Ini pes penyondol tu ke? Saya tak nak beli, nanti kalau saya makan saya jadi penyondol’.

    Sakit sangat, saya dah tak nak buat live. Saya dah tak sanggup dan tak kuat..sakit dengan perkataan itu.

    Saya berhenti seketika dan ambil masa untuk saya buat live semula.

    Pilih bercerai

    Menurut pelantun lagu Di Persimpangan Delima itu, perkara tersebut juga menjadi antara sebab dia memilih untuk berpisah dengan suami.

    Itu juga antara sebab yang saya katakan kepada Rushdi..tak mengapalah mungkin ini sudah ketentuan Allah.

    Saya tak boleh untuk berterusan begini. Kita andaikan bahawa jodoh kita hanya setakat ini dan Allah lebih mengetahui.

    Saya minta ampun dan memohon untuk undur diri.

    Imbas kembali, pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Dr. Rushdi Ramli.

    Nora sebelum itu mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada hujung 2021.

    Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

    Sumber: TikTok Bernama TV Official

    The post Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.