Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian dirinya apabila berjaya mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menghabiskan 10 topik dalam jilid satu.
Artikel Berkaitan: Neelofa Tegaskan Kedudukan Suami Perlu Diletak Lebih Tinggi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’
Belajar bahasa Arab

Menerusi hantaran di Instagram Story, Neelofa, 36, berkata, dia masih perlu berusaha dan berdoa agar hatinya sentiasa lapang serta dipermudahkan untuk menguasai bahasa Arab agar mudah memahami isi al-Quran.
Sekarang sudah bab 10 untuk buku 1. Masih jauh perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai tahap ini.
Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai bahasa Arab.
Semua milik Allah, moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, insya-Allah.
Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata berkata, dia sebelum ini pernah mengikuti kelas bahasa Arab, namun terkandas di pertengahan jalan.
Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab (untuk faham Quran, baca Quran macam baca buku cerita, nak belajar lebih tentang hadith, nak bercakap kalau di Tanah Suci).
Tapi tak tahu macam mana nak jadikan realiti, sebab sebelum ini dah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan, sebab susah, sebab ‘mindset’.
Sumber: Instagram
The post Neelofa Berusaha Kuasai Bahasa Arab – ‘Untuk Faham Quran, Belajar Hadith’ first appeared on OHBULAN!.