26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Natasha Hudson Berkongsi Pengalaman Kelahiran Anak Keempat dengan Ketenangan pada Usia 41 Tahun – ‘Kurang Sakit & Tiada Koyak’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Natasha Hudson berkongsi perjalanan hamil dan bersalin anak perempuan keempat pada Jun lalu.

    Artikel berkaitan: Natasha Hudson Nasihat Artis & ‘Influencer’ Berhati-Hati Terima Tawaran Bekerjasama Dengan Jenama Besar

    Artikel berkaitan: Natasha Hudson Umum Hamil Anak Keempat, Masih Aktif ‘Surfing’

    Mudah bersalin anak keempat

    Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha memaklumkan dia melahirkan cahaya mata keempat seberat 3.44 kilogram pada 6 Jun lalu jam 2.44 petang dan diberi nama Kaia.

    Pada 6 Jun 2024 pukul 2.44 pm kami menyambut kelahiran bayi perempuan keempat seberat 3.44 kg iaitu Kaia. Dia sangat memudahkan saya sepanjang sembilan bulan kehamilan dan pada hari bersalin.

    Menurutnya, perjalanan sepanjang momen kehamilan dan melahirkan anak di usia 41 tahun iaitu selepas sembilan tahun lalu lebih mudah dan sangat tenang.

    Selepas sembilan tahun, saya dapat merasakan perasaan melahirkan cahaya mata sekali lagi. Normalisasikan bersalin di usia 41 tahun. Rasa seperti baru pertama kali tapi lebih baik dan profesional.

    Ia merupakan kelahiran yang paling ‘best’, kurang sakit, sangat mudah, bebas dadah, tiada koyak dan bersalin yang cepat. Saya rasa sangat bertenaga sebelum dan selepas. Dan saya nak berterima kasih kepada diri saya di atas semua usaha yang dilakukan untuk badan dan bayi saya.

    Saya kekal aktif dalam sukan, pengambilan makanan dan supplement memainkan peranan yang sangat penting. Saya sangat tenang sepanjang proses ini. Bersalin secara semula jadi adalah perkara yang magik.

    Dalam pada itu, Natasha turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan buat suaminya yang menjadi pasangan hidup yang terbaik.

    Memori ini akan sentiasa saya simpan dalam hati dan tidak kisah untuk melakukannya lagi. Saya menikmati setiap saat. Terima kasih kepada semua di atas doa-doa yang baik, ucapan dan sayang kepada saya dan keluarga.

    Akhir sekali, terima kasih buat suami tercinta saya, Jay untuk bayi cantik ini dan menjadi manusia yang hebat sejak dari hari pertama. Awak tiada pengganti. Cinta hati saya, selama-lamanya.

    Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Harits Jasmin atau Jay pada 28 Mac 2022.

    MENARIK:  Pandangan Mufti Menk tentang Tunai Ibadah Korban & Sedekah secara Dalam Talian

    Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Neesa Helena, Neema Kalila dan Faatimah.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.