Admin ada nampak beberapa papan iklan baru-baru ni dan terus excited! Tapi yang paling mencuri perhatian, sudah tentu billboard dari Kopi Wonda yang tampil dengan sesuatu yang simple, subtle, tapi tetap kena dengan jiwa rakyat Malaysia.
Dalam lautan iklan penuh warna, tarian dan gimik, kopi Wonda ambil pendekatan yang jauh lebih chill, tapi tetap menarik perhatian ramai.
Kopi Wonda mempamerkan M. Nasir yang sebenar tau! Memang subtle habis, dengan menampilkan Kopi Original bersama figura ikonik muzik tanah air.
Siapa sangka, lagenda muzik tempatan yang original ni sebenarnya peminat Kopi Wonda juga? Sebab tu lah kita boleh nampak Dato’ M. Nasir terpampang di billboard seluruh Lembah Klang, bergandingan dengan varian Original Kopi Wonda!
Kopi Wonda Kegemaran M. Nasir. Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia.”
Dengan tagline padu “Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia”, billboard ni memang ringkas tapi power. Tak payah fancy sangat, cukup dengan wajah seorang legend di samping kopi kegemaran lagenda sendiri, Kopi Wonda. Sekali tengok, terus automatik rasa nak singgah beli Wonda Coffee terus!
Fuh, terus excited!
Ini reaksi netizen di media sosial bila nampak Dato’ M. Nasir terpampang di papan iklan sekitar Lembah Klang:
Kalau sebut nama M. Nasir, memang automatik teringat lagu-lagu Rayanya yang evergreen. Lagu seperti Suatu Hari Di Hari Raya bukan sekadar lagu, tetapi itulah lagu yang mewarnai suasana Raya dari dulu sampai sekarang. Dari generasi ke generasi, lagu-lagu beliau membawa nostalgia kepada kenangan balik kampung, juadah malam raya, dan momen dengan keluarga tercinta.
Nampak papan iklan terbaru ni terus nak dengar lagu lagu hit Dato’ M. Nasir! Psst..jangan lupa Konsert Cipta 3 yang bakal tiba nanti tau.