34.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 14, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    ‘Nak Solat Dulu..’ – Kisah Terakhir Arwah Mustaqim Sebelum Nahas Bas UPSI

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Dalam kesedihan yang menyelubungi tragedi nahas bas melibatkan pelajar UPSI, muncul kisah menyentuh hati tentang keperibadian mulia salah seorang mangsa, Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pandangan Kosong Keluarga Kemas Barang Arwah Fakhrul Arif Undang Sebak

    Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman Antara Mangsa Nahas Bas UPSI

    ‘Awak orang yang selalu jaga solat’

    Seorang wanita yang juga merupakan rakan kepada arwah berkongsi kisah menyentuh hati mengenai saat-saat terakhir sebelum tragedi itu berlaku.

    Menurutnya, kakak arwah pernah menceritakan detik terakhir mereka bersama di masjid pada malam kejadian.

    Kakak awak cerita, malam naik bas tu dekat masjid. Ibu awak cakap nak solat dulu ke? Ibu awak suruh jamak tapi awak beritahu takpe lah nak pergi solat dulu.

    Awak selesai solat sebelum awak pergi, beruntung awak.

    Arwah Mustaqim dikenali sebagai seorang yang sangat menjaga solat. Malah, arwah juga sering berpesan kepada rakan-rakannya agar jangan sesekali meninggalkan solat, tidak kira dalam apa jua keadaan.

    Memang awak orang yang selalu jaga solat, bukan dengan saya je awak selalu pesan, kawan-kawan yang lain pun sama. 

    Tak pernah lekang doa dan pesan jangan tinggal solat.

    Allah dah mudahkan urusan awak dan keluarga awak lepas awak pergi.

    Pada 9 Jun lalu kira-kira jam 1 pagi, sebuah bas persiaran yang membawa 42 penuntut UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding.

    MENARIK:  Tempoh Tahanan Reman Suami Isteri Diperpanjang kerana Pengaruh, Dua Individu Didakwa

    Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. 

    Nahas tragis itu meragut 15 nyawa penuntut universiti.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Nak Solat Dulu..’ – Kisah Terakhir Arwah Mustaqim Sebelum Nahas Bas UPSI first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.