Selepas lima bulan melahirkan, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak sulungnya yang dikenali sebagai Baby M.
Artikel Berkaitan: ‘Jaga SOP & Tolong Jangan Cium Anak Saya’ – Nabila Razali
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Makin Cantik Selepas Bergelar Ibu – ‘Wanita Di Tangan Lelaki Tepat’
Masa yang tepat

Menerusi hantaran di Instagram, Nabila, 32, berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuknya berkongsi perkara itu kepada umum.
Baby M pun dah berumur lima bulan dan sekarang adalah masa yang tepat untuk saya perkenalkan baby Nik Muhammad Bin Nik Iruwan.
Pada hantaran sama, pelantun lagu Pematah Hati itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.
Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik buat Baby M, moga yang indah sahaja buat kalian.
Dalam kesempatan itu, Nabila juga mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada pengikutnya.
Imbas kembali, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai Baby M pada 23 Disember tahun lalu.
Sumber: Instagram
The post Nabila Razali Akhirnya Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Nik Muhammad’ first appeared on OHBULAN!.