Perkongsian pelakon versatile, Nabila Huda mengenai luahan hati sebagai seorang anak di laman Instagram miliknya telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Biarlah Menjadi Tanda Tanya, Yang Penting Dia Tahu Siapa Dirinya’ – Nabila Huda
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pertahan Amy Search, Tempelak Betin* Cetus Pergaduhan – ‘Dia Kena Caci Dengan Tahi Kau Buat’
Luahan perasaan
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Huda Suhaimi, 41, memuat naik petikan kata-kata mengenai perasaan seorang anak yang memendam rasa, selain perlu berdepan dengan ujian kehidupannya sendiri.
I bloom even with scars.
Mereka gelarkan saya ‘anak perempuan yang pemarah’.
Tetapi saya juga seorang anak yang mengesat air matanya sendiri dan meneruskan hidup seperti semuanya baik-baik sahaja.
Saya adalah anak perempuan yang jarang bercerita tentang apa yang saya lalui kerana tidak mahu mengganggu sesiapa atau membuat mereka risau.
Saya berdiam dan menyimpan semua perasaan itu sendiri supaya tiada sesiapa yang tahu apa yang saya sedang lalui.
Dalam perkongsian yang sama, Nabila juga berkongsi tentang seseorang yang tidak pernah sembuh dari luka. Lebih menyedihkan, tiada sesiapa pun yang memohon maaf.
Saya tak pernah sembuh.
Saya hanya memaksa diri saya untuk melupakan segala yang berlaku.
Tiada siapa pun meminta maaf atas layanan mereka terhadap saya, mereka cuma menyalahkan saya kerana reaksi yang diberikan.
Kata-kata semangat


Meskipun tidak menyatakan dengan terperinci tentang maksud di sebalik hantaran tersebut, namun pelakon Gayong itu dihujani komen-komen positif daripada rakan artis dan warganet.
Rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat kepada Nabila dan seolah-olah turut memahami masalah yang sedang dihadapinya ketika ini.
Saya kirimkan kasih sayang dan doa untuk mu Nabila.
Kehidupan memang sentiasa tidak akan pernah adil untuk orang yang baik tapi kamu tetap pilih jadi seorang yang baik.
Walau apa pun yang terjadi, kamu tetap anak yang hebat dan masih dilimpahi dengan kasih sayang.
Allah sentiasa ada untuk Nabila, meskipun banyak perkara buruk yang orang lain lakukan terhadap kamu, biarlah. Tunggu sahaja balasan Allah nanti.
Sumber: IG Nabila Huda
The post Nabila Huda Kongsi Petikan Tentang Luka Yang Dialami – ‘Mereka Gelar Saya Anak Perempuan Pemarah’ first appeared on OHBULAN!.