24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Moral & Pengajaran Yang Ingin Disampaikan, Bukan Babak Kontroversi – Nabila Huda

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon, Nabila Huda tampil memberikan pendapatnya susulan kecaman yang diberikan terhadap filem kontroversi yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.

    Masyarakat hidup dalam penafian

    Ketika ditemui , Nabila yang lebih mesra disapa Abil berkata, sesetengah masyarakat seakan hidup dalam penafian apabila tidak mahu menerima bahawa apa yang digambarkan itu merupakan kenyataan dan realiti sebenar yang berlaku ketika ini.

    Pada pendapat saya, manusia ini sebenarnya ‘live in denial’ sebab mereka tak boleh tengok kebenaran yang berlaku depan mata dia.

    Bila mereka dan tonton babak sebegitu dalam sesebuah karya, mereka seolah macam agresif dan ‘over protective’ walhal itu adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan kita.

    Mungkin juga mereka tak suka kenyataan dan realiti itu ditonjolkan di kaca televisyen.

    Abil berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara pada petang Khamis.

    Tambah Abil, dengan adanya media sosial, kontroversi seperti ini lebih mudah untuk diperkatakan dan menjadi bualan ramai.

    Daripada dulu lagi industri perfileman kita ada dah benda-benda macam ini, bahkan berpuluh tahun yang dulu pun dah ada.

    Tapi bila kita dah masuk zaman moden yang ada media sosial ini, orang cenderung untuk ‘screenshot’ babak-babak yang tak sepatutnya sehingga menjadi kontroversi.

    Bila kita hidup dalam era media sosial, semua benda jadi salah dan tak kena di mata penonton. Mereka sepatutnya faham jalan cerita itu dari awal sampai akhir.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun berharap masyarakat di luar sana untuk bersikap terbuka dan lebih menilai sebuah karya itu berdasarkan keseluruhan cerita yang ingin disampaikan.

    Kebanyakan penonton yang saya perasan ialah mereka tidak menilai berdasarkan moral dan pengajaran yang cuba dibawa oleh sesebuah karya itu.

    Mereka cenderung untuk menilai dan menghukum berdasarkan babak-babak yang menjadi kontroversi.

    Saya bukan nak menangkan mana-mana filem yang ditayangkan tetapi pelopor industri sangat kuat bekerja untuk meningkatkan lagi industri perfileman.

    Janganlah benda-benda seperti ini dijadikan isu yang boleh menjatuhkan maruah. Kami hanya menjalankan tugas kami sebagai seorang pelakon.

    Kalau orang kita sendiri tak sokong filem kita dan asyik nak cari salah sini, kecam sana, sampai bila industri kita nak maju kan?

    Seeloknya kita sokong antara satu sama lain dan henti sebarkan kebencian.

    MENARIK:  Sulaman Nama Percuma dan Pelancaran Koleksi Ramadan oleh Siti Khadijah dalam Sambutan Ulang Tahun Ke-15

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.