33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Michael Ang Serik Bagi Pinjam Duit, Harap Jurugaya Segera Lunas – ‘Dia Hutang Saya Sembilan Tahun’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pengarah dan penerbit, Michael Ang memaklumkan dirinya sudah serik untuk meminjamkan wang selepas sering gagal mendapatkan semula bayaran daripada peminjam.

    Artikel Berkaitan: Michael Ang Kongsi Pengalaman Buruk Berdepan ‘Cyclists’ – ‘Bila Hon Perlahan, Tunjuk Jari Tengah’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Michael Ang Tak Salahkan Penyondol, Isteri Perlu ‘Reflect’ Diri – ‘Suami Tak Cari Lain Kalau Dia Bahagia’

    Michael Ang dah serik!

    Ketika ditemui , Michael atau Michael Ang Hai Swee turut berharap mana-mana individu yang berhutang dengannya dapat segera melunaskan bayaran.

    Sekarang saya ambil pendekatan, saya tak mahu pinjamkan duit pada orang lagi. Jangan hubungi saya nak pinjam duit. Saya takkan bagi orang pinjam dah.

    Sebab sudah banyak kali saya bagi pinjam tapi ramai yang tak bayar lagi. Kalau saya beritahu siapa nanti, orang akan terkejut.

    Jadi kalau takut dosa, bayarlah. Tapi kalau ada masalah, ada cara untuk hubungi saya, boleh telefon atau mesej. Sekurang-kurangnya saya faham. Kalau dia cakap dia tiada duit, saya pun faham.

    Tapi bila kata tiada duit, bila di media sosial, tengok macam berseronok, sakit juga hati bila tengok. Tapi kita tahu di media sosial bukan boleh percaya pun.

    Micheal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media drama ‘Kerana Seorang Lelaki’ yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Tak akan halalkan hutang seorang jurugaya

    Bercerita lanjut, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ memaklumkan dia juga tidak akan menghalalkan duit yang dipinjam seorang jurugaya yang didakwa lari dari membayar hutang.

    Saya sudah malas, saya tidak halalkan tapi bagi saya, kalau dia kata dia ada usaha nak bayar, saya tunggu sajalah. Sebab kalau saya paksa dan burukkan dia, tak guna juga.

    Saya sudah tunggu sembilan tahun, dia hutang saya sembilan tahun. Kalau saya nak bangkitkan hutang yang lain, ada artis lain, ada pengarah, tapi saya macam malas.

    Lepas saya muat naik dia ada hubungi saya, sebelum itu tiada. Selepas saya post tak sampai dua minit dia hubungi saya.

    Dia kata kenapa saya sanggup buat macam ini, saya sudah bagi amaran saya nak ‘post’ tapi dia tetap tak mahu hubungi saya sehingga saya ‘post’.

    Kalau saya kejar dia pun saya tahu dia tiada duit, kalau saya suruh orang cari dia pun, tiada gunanya. Saya tak mahu ia menjadi isu di kemudian hari. Jadi pandai pinjam, pandailah bayar,

    Terdahulu, Michael menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran di media sosial mendedahkan sikap seorang jurugaya terkenal yang didakwa lari daripada membayar hutangnya.

    MENARIK:  ‘Isteri Sudah Cantik Pun Ada Juga Suami Cari Lain’ – Umisya Mazlan Seloroh Dengan Aslam

    The post Michael Ang Serik Bagi Pinjam Duit, Harap Jurugaya Segera Lunas – ‘Dia Hutang Saya Sembilan Tahun’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.