30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Menikmati Kupang ‘Fresh’ Di Atas Bot Eksklusif & Keenakan Buah-Buahan Manis Dari Kebun, Ternyata Melbourne Syurga Pencinta Makanan!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Bahagian kedua percutian ke Melbourne, Australia kali ini diteruskan lagi dengan perkongsian cita rasa menu yang menarik serta tempat penginapan yang selesa.

    Semua segar-segar!

    1. South Melbourne Market

    Ini adalah tempat pertama yang dikunjungi setibanya di kota Melbourne tempoh hari. Pasar ini sudah berusia lebih 150 tahun dengan pelbagai barangan yang dijual antaranya buah-buahan, hasil tanaman, keju, makanan laut, pakaian dan macam-macam lagi.

    Rugi tau kalau datang sini tak shopping dan cuba makanan laut yang fresh!

    2.Portarlington Mussel Tours

    Momen yang penuh ekslusif apabila , berpeluang untuk menaiki sebuah bot untuk merasai pengalaman proses penternakan kupang menerusi Portarlington Mussel Tours.

    Pengalaman tersebut turut dilalui oleh pelakon, Rita Nadira yang teruja apabila dapat melihat sendiri penternakan kupang di Australia.

    Dekat sini yang paling dicari adalah makanan laut. Saya tak pernah cuba kupang mentah, sebelum ini pun saya hanya makan tiram mentah sahaja. Rupanya saya lebih suka kupang berbanding tiram kerana ada rasa manis dan sedikit pahit.

    Segar-segar belaka semuanya kerana kita dapat makan kupang yang diambil terus dari laut.

    Dalam masa yang sama, juga berkesempatan untuk melihat demonstrasi memasak dan menikmati keenakan kupang segar.

    3.Rayner’s Orchard

    Manisnya! Itu yang dapat kami ungkapkan sejurus sahaja menikmati gigitan pertama buah pear di Rayner’s Orchard. Bukan sekadar pear, antara buah-buahan lain yang ditanam adalah oren, delima, epal, pisang kaki, strawberry guava, lemon guava, kacang macadamia dan banyak lagi.

    Paling menarik anda boleh makan seberapa banyak buah yang anda mahu di sini. Untuk info, semua buah-buahan di sini 100% organik dan bebas racun perosak. Jadi anda boleh terus makan selepas dipetik.

    Nikmati citarasa Australian

    1. Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery

    Bagi penggemar coklat inilah syurga buat anda! Manakan tidak, Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery mempunyai lebih 250 jenis coklat yang berbeza untuk anda cuba. Bukan itu sahaja, kawasan sebesar 16 hektar ini juga dikelilingi dengan permandangan Yarra Velly yang kehijauan.

    2. Krimper Cafe

    Kafe ini dimiliki oleh seorang pesara arkitek yang berasal dari Malaysia iaitu Mun Soon.

    Menu-menu yang disediakan sangat enak dan kawasannya yang sangat menarik untuk berfoto. Staf di Krimper Cafe ini juga sangat peramah, maka tidak hairanlah mengapa ramai pengunjung memberikan kafe ini rating lima bintang.

    3. D’Penyetz & D’Cendol

     

    View this post on Instagram

    A post shared by D’PENYETZ & D’CENDOL AUSTRALIA (HALAL) (@dpenyetz.australia)

    Untuk Muslim anda jangan risau, sajian halal juga boleh didapati ketika bercuti di Melbourne dan salah satunya adalah restoran D’Penyetz & D’Cendol yang menyediakan makanan Indonesia seperti ayam penyet, mi goreng, sup ekor, ikan bakar dan banyak lagi.

    MENARIK:  ‘Saya Mengalami Ketidaknormalan Pernafasan dan Rasa Tersumbat’ – Noki

    4. Republica St Kilda Beach Brings

    Pengalaman makan di sebuah restoran berdekatan pantai semestinya tidak akan lupakan. Restoran Republika ini bukan sahaja menyediakan makanan laut tetapi turut menawarkan menu lain antaranya pasta, piza, risotto dan pelbagai pilihan pencuci mulut.

    5. Taxi Kitchen

    Malam terakhir di kota ini disajikan dengan menu makanan yang luar biasa dari Taxi Kitchen iaitu rasa keunikan sajian Australia dan turut diselitkan dengan beberapa juadah Asia.

    Suasana di ruangan restoran ini juga berkonsepkan moden dengan berlatar belakangkan bandar Melbourne yang bergemelapan pada waktu malam.

    Penginapan selesa

    Sepanjang berada di Melbourne, disediakan dengan penginapan yang cukup selesa di tiga buah hotel berbeza iaitu Vibe Hotel, Rye Hotel serta Raddison Hotel.

    Vibe Hotel dan Raddison Hotel terletak di bandar Melbourne, bukan sahaja mempunyai kamar yang luas malah lokasinya yang strategik juga memudahkan kami untuk bergerak menaiki tram, berjalan kaki dan berbasikal.

    Manakala Rye Hotel pula terletak tidak jauh dari kawasan pantai dengan bilik berkonsepkan suite dan suasananya yang sangat tenang dari kesibukan kota.

    Sepanjang enam hari dan lima malam berada di Melbourne, sejujurnya tiada kata-kata dapat diungkapkan kerana ia adalah sebuah pengalaman berbeza selepas kami dibawa ke beberapa tempat menarik yang dipenuhi dengan aktiviti mengujakan.

    Sampai jumpa lagi Melbourne!

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.