Pelakon Alya Iman menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Amir Ahnaf selepas bergandingan bersama menerusi drama Pabila Dia Tersenyum.
Sekadar kawan
Ketika ditemui , Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil menyifatkan Amir sebagai seorang aktor yang mudah untuk bekerjasama, malah persahabatan mereka sejak beberapa tahun lalu menghidupkan lagi karakter masing-masing.
Amir adalah seorang pelakon yang bagus, dia banyak kongsi idea dan energi untuk menghidupkan sesuatu babak.
Sebenarnya kami berkawan sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini pun saya pernah berkerjasama dengan dia.
Susulan keserasian yang ditonjolkan, Alya mengakui rata-rata penonton dan peminat mahu melihat mereka bersama sebagai pasangan.
Saya memang dapat banyak komen daripada peminat tentang hubungan kami namun, saya dengan Amir kawan baik sahaja tidak lebih daripada itu.
Tapi jodoh tetap di tangan tuhan.
Alya berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Konten bersama
View this post on Instagram
Dalam pada itu, aktres berusia 24 tahun tersebut berkata perkongsian bersama Amir di media sosial hanyalah sekadar tanda persahabatan mereka.
Sebelum ini pun kami memang selalu buat konten bersama sebab kami selesa berkawan.
Tetapi kami tak pernah berniat untuk buat ‘cheap marketing’.
Kami memang suka untuk kongsikan di media sosial semua konten-konten itu.