Selebriti media sosial dan pelakon, Mek Yun meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambarnya ketika zaman persekolahan telah disebarkan dalam sebuah kumpulan Facebook yang dipercayai menyasarkan kanak-kanak sebagai bahan seksual.
Artikel Berkaitan: Mek Yun Bantu Fahamkan Soal Ibadah Korban – ‘Sembelihan Bukan Secara Kejam’
Artikel Berkaitan: Mek Yun Gembira, Sebak ‘Lepaskan’ Abe Wee
‘Saya rasa bengang dan jijik’

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Mek Yun atau nama lengkapnya We Yu Nee berkata, dia dimaklumkan oleh pengikutnya bahawa gambarnya digunakan dalam kumpulan Facebook bernama ‘Budak-Budak Sekolah Rendah’, yang memiliki lebih 12,000 ahli.
Saya rasa bengang dan jijik. Saya terkejut, hilang kata-kata.
Mek Yun turut meluahkan rasa marah dan mengakui tidak sanggup membaca komen-komen yang disifatkannya sebagai menjijikkan dan melampaui batas.
Kumpulan tu kongsikan gambar-gambar budak sekolah, budak kecil dan komen-komen dekat gambar tu sangat menjijikkan.
Saya tak sampai hati nak scroll baca comments. Rasa marah. Jijik. Nak muntah.
Susulan daripada itu, Mek Yun menyeru orang ramai untuk bersama-sama membuat laporan terhadap kumpulan tersebut agar ia dapat ditutup segera.
Jom kita semua report group ni. Kita musnahkan group ni. Jangan biarkan diorang buat apa yang diorang suka.
Sebab ini tak patut jadi normal.
Benda ni bukan lawak. Ni jenayah. Ni penyakit. Dan banyak sangat kes budak-budak jadi mangsa lepastu trauma seumur hidup.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan

Dalam pada itu, Mek Yun berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara terbabit.
Saya bersuara sebab benda ini tak boleh dibiarkan. Kita semua kena jadi suara kepada budak-budak yang tak mampu bersuara.
Saya mohon pihak PDRM, MCMC dan YB Fahmi Fadzil tolong siasat dan hentikan semua ini.
Difahamkan, hasil daripada laporan beramai-ramai oleh netizen yang prihatin, kumpulan Facebook ‘Budak-Budak Sekolah Rendah’ akhirnya telah ditutup.
Mek Yun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak pantas dan menzahirkan solidariti dalam usaha melindungi keselamatan kanak-kanak di ruang maya.
Mek Yun turut menegaskan bahawa perjuangan melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi tidak seharusnya terhenti di sini dan menyeru agar pengawasan serta tindakan undang-undang diteruskan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Sumber: Instagram Mek Yun
The post Mek Yun Terkejut Gambar Sekolah Jadi Sasaran Eksploitasi S*ksual first appeared on OHBULAN!.